Tuesday, June 12, 2012

terjatuh ketika basuh muka

Tragedi basuh muka
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAMPAR: Niat seorang wanita mahu membasuh muka di tepi lombong bertukar tragedi apabila dia tergelincir sebelum tenggelam ke dasar lombong terbiar di Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa, Yung Shu Gen, 34, yang juga warga China bersama dua rakan lelaki ke lombong itu untuk memancing sebelum tergelincir, kira-kira jam 6.04 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddinn Mat Daud, berkata, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam lombong itu ketika cuba membasuh muka sebelum tenggelam dan lemas.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menemani dua rakan lelakinya ke lombong berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah sewanya untuk memancing.

No comments:

Post a Comment