WYY 9999 dijangka jadi rebutan tahun depan
KUALA LUMPUR - Selepas nombor pendaftaran WWW 1 berjaya dibida pada harga RM520,000, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meramalkan WYY 9999 bakal menjadi rebutan para pembida tahun depan.Pengarahnya, Mohd. Nadzri Osman berkata, ini kerana WYY 9999 merupakan nombor terakhir bagi pendaftaran kenderaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ia ditukarkan kepada satu siri nombor baharu yang masih belum diputuskan kerajaan.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula menerima beberapa pertanyaan daripada individu yang berminat untuk membida nombor pendaftaran tersebut.
"Kita menjangkakan ramai akan berminat untuk memiliki nombor terakhir itu yang dijangka mula digunakan pada Ogos tahun hadapan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment