Friday, August 13, 2010

Skim Cepat Kaya Jadi Cepat Papa

SAYA ingin merujuk kepada laporan akhbar beberapa hari lalu mengenai terbongkarnya skim cepat kaya menawarkan kereta mewah terutama kepada golongan muda.

Barangkali ramai tidak serik dengan liciknya sesetengah agen atau syarikat skim cepat kaya kerana pada peringkat awal, pelabur akan mendapat pulangan yang lumayan tetapi selepas beberapa bulan, bonus, dividen dan wang pelaburan pun tidak tahu ke mana perginya?

Bank tempatan dan skim pelaburan yang sah di sisi undang-undang mestilah memainkan peranan bergerak ke kawasan tertentu memberi penerangan mengenai faedah ditawarkan oleh mereka.

Suatu masa dulu, ketika skim pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) diperkenalkan, pegawainya bergerak ke serata kampung untuk memberi penerangan kepada orang ramai dan hasilnya sangat memuaskan.

Media massa mesti memainkan peranan menyebar maklumat mengenai keburukan dan logik sesetengah skim cepat kaya supaya orang ramai menyedari dan membayangkan masalah yang bakal mereka hadapi kelak.

Orang ramai yang didatangi oleh agen skim cepat kaya mestilah terlebih dulu merujuk kepada pihak tertentu seperti Bank Negara Malaysia.

M JASNI MAJED,
Bukit Kapar, Selangor.

No comments:

Post a Comment