Friday, January 6, 2012

dikeronyok kerana bisnes

Wanita, rakan dikeroyok cuba selesai masalah niaga

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Seorang wanita dan rakannya yang ingin menyelesaikan masalah perniagaan dengan seorang lelaki yang juga rakan kongsinya cedera dibelasah lelaki terbabit dalam kejadian di Angsana Hilir, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun bersama rakannya berjumpa lelaki itu di rumahnya bagi menyelesaikan salah faham berkaitan urusan perniagaan. “Selepas beberapa minit tiada kata sepakat dicapai,rakan kongsi mangsa mula bercakap kasar dan memarahinya malah tidak bersetuju dengan cadangan dikemukakan.


“Tiba-tiba lelaki terbabit yang dalam keadaan marah terus menyerang mangsa dan menendangnya hingga terjatuh,” katanya.

Sumber berkata, tindakannya tidak terhenti setakat itu, sebaliknya dia semakin ganas apabila turut menyerang rakan lelaki yang dibawa mangsa.


“Bagaikan dirasuk lelaki terbabit terus menumbuk muka rakan mangsa dan membelasahnya. Lelaki berkenaan turut mengugut akan membunuh mangsa,” katanya.

No comments:

Post a Comment