Thursday, January 12, 2012

doktor dituduh mencabul

Doktor didakwa cabul

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seorang doktor di Hospital Sungai Buloh (HSB) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan mencabul seorang wanita yang sedang mengandung 16 minggu, November tahun lalu.

Dr. Mohd. Suhaidin Che Ngah, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Narimah Hanum Mohamed Albaki.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah seksual dengan mencabul wanita tersebut yang berusia 28 tahun di sebuah bilik HSB, pada pukul 2.15 petang, 22 November 2011.

Difahamkan, mangsa berkenaan yang bekerja sebagai pegawai tadbir di sebuah syarikat swasta sedang menjalani pemeriksaan terhadap kandungannya pada waktu kejadian.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayah Raihan Md. Nasir mencadangkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Narimah Hanum kemudian membenarkan lelaki terbabit diikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 Mac ini.

Abang kepada Mohd. Suhaidin menjelaskan jaminan terbabit.

No comments:

Post a Comment