Thursday, September 20, 2012

banduan lari diberkas

ARKIB : 19/09/2012

Banduan yang melarikan diri ditahan semula


KUANTAN 19 Sept. - seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini malam tadi.
Banduan berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusoff berkata, banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis.
“Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment