Sunday, September 16, 2012

pengemis asing melambak di malaysia

Pengemis gadai nyawa kutip wang
Wartawan Sinar Harian
16 September 2012
Pengemis gadai nyawa kutip wang
Risiko untuk dilanggar amat tinggi kerana wanita warga asing ini berjalan di tengah jalan yang sibuk.
PETALING JAYA - Tindakan segelintir pengemis warga asing meredah jalan raya yang sibuk di Lebuhraya Damansara–Puchong menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berhati-hati ketika melalui susur ke Shah Alam dan Kuala Lumpur di laluan bertingkat Jambatan Pinang dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kelibat wanita warga asing berasal dari India dan Bangladesh itu muncul di tengah jalan ketika pengguna berhenti di isyarat lampu merah.

Kumpulan pengemis itu akan mengetuk cermin kereta dengan menunjukkan cawan atau mengguna isyarat tangan yang mereka mahu makan.

Tindakan itu mengundang rasa kurang selesa pemandu menyebabkan ada yang menyuruh mereka beredar.

Penghantar surat, Mohd Hafizi Salleh, 28, berkata, dia pernah hampir melanggar seorang pengemis yang sedang berjalan di celah-celah kenderaan di laluan itu.

“Nasib baik saya sempat mengelak pengemis yang sedang berjalan sebab kebiasaannya mana ada orang berjalan dicelah kereta apatah lagi di jalan raya yang sibuk,” katanya.

Bagi Arifin Osman, 45, kehadiran warga asing di lebuh raya itu hanya akan membawa persepsi buruk pelancong asing terhadap negara ini .

“Inikah sebenarnya Malaysia, syurga kepada peminta sedekah dan ia amat memalukan kerana Malaysia bukan tempat pelarian atau pengemis warga asing meminta sedekah," katanya.

Sementara itu, cubaan Sinar Harian untuk bercakap dengan kumpulan wanita warga asing itu gagal selepas mereka beredar tergesa-gesa selepas menyedari gambar mereka dirakamkan.

No comments:

Post a Comment