Thursday, September 20, 2012

bank pun kena tipu

ARKIB : 19/09/2012

Siasatan tipu bank dihantar ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Siasatan kes penipuan sebuah syarikat kejuruteraan minyak yang mengemukakan dokumen palsu untuk membuat pinjaman sehingga mengakibatkan sebuah bank tempatan kerugian RM21 juta kira-kira lapan tahun lalu, telah pun diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd. Ghany ketika dihubungi berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) hari ini bagi meneruskan siasatan lanjut.
Utusan Malaysia hari ini secara eksklusif mendedahkan sebuah bank tempatan kerugian RM21 juta selepas mengeluarkan pinjaman kepada sebuah syarikat kejuruteraan minyak yang menggunakan dokumen dan nota penghantaran palsu pada 2004.
Syarikat itu memohon pinjaman berjumlah RM30 juta kononnya untuk membeli peralatan mesin dan bahan mentah bagi kegunaan puluhan syarikat pembekal yang mempunyai kaitan dengan mereka.
Bagaimanapun pembiayaan dihentikan sejak tahun ini apabila pinjaman mencecah RM21 juta.

No comments:

Post a Comment