Monday, June 18, 2012

bersafa di taman permainan

Dakwa beli ‘rumah’ DBKL
HIDAYAH HAIROM & NORAFIZA JAAFAR
17 Jun 2012
Dakwa beli ‘rumah’ DBKL
Pegawai penguat kuasa ketika memujuk lelaki berkenaan.
KUALA LUMPUR - Beberapa Pegawai Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang terlibat dalam Ops bersepadu membanteras gelandangan, malam kelmarin, terpaksa berhadapan dengan kerenah seorang lelaki dipercayai menghidapi masalah mental yang hidup bergelandangan dengan menjadikan pondok di taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan Taman Sri Segambut di sini, sejak hampir dua tahun lalu.

Situasi tersebut turut menyaksikan ‘drama’ lelaki berusia 50 tahun itu yang mengakui mempunyai duit sebanyak RM50,000 dan telah membeli 'rumahnya’ itu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan harga RM5,000.

Bagaimanapun, setelah kira-kira 20 minit dipujuk untuk dibawa ke tempat lain bagi berbincang, lelaki tersebut dilihat akur namun bertindak melilit almari dalam rumahnya dengan rantai besi dan mengunci mangga dengan alasan, bimbang hartanya hilang.

Setelah lelaki itu bawa ke satu lokasi lain, barangan peribadi miliknya termasuk tiga basikal dipercayai baru dibeli, diasingkan untuk disita dan ‘rumah’ yang dilengkapi dengan katil, termasuk dua almari, serta kelengkapan dapur itu, dibersihkan.

Dalam pada itu, seorang penduduk, R Balakrishnanmorty, 33, mendakwa, lelaki tersebut pernah dilaporkan menimbulkan gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang bermain di taman permainan berkenaan dan sering dilihat berbogel pada waktu malam.

“Lelaki itu sudah ada sini sejak 2010 dan saya tidak pasti dia sihat atau tidak kerana ada penduduk bercerita dia pernah bertindak menunjukkan kemaluannya kepada kanak-kanak
yang bermain di sini.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Kanan, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Basiran Miskon berkata, tindakan yang dilaksanakan itu berdasarkan aduan penduduk yang diterima
pihaknya awal Jun ini.

Katanya, laporan polis sudah dibuat dan lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan lanjut.

“Ops ini juga melibatkan lima lokasi lain di sekitar ibu negara dan hasilnya seramai 41 gelandangan terdiri daripada tiga warga asing ditahan.

Seramai 17 daripadanya didapati positif dadah dan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan susulan, dan selebihnya dibebaskan,” katanya.

No comments:

Post a Comment