Panik jumpa 'bom'
27 Jun 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 60 tahun yang tinggal bersama anak dan tiga cucu sedang menyiram pokok bunga di laman rumahnya sebelum terlihat objek
berkenaan.
Bimbang objek berkenaan berbahaya dan mungkin meletup, dia segera menelefon polis untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung insiden itu segera ke rumah mangsa untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, Unit Pemusnah Bom (UPB) turut dikejarkan ke rumah berkenaan bagi memastikan objek tersebut tidak membahayakan penghuni rumah terbabit.
"Kami mendapati dua objek yang tertulis perkataan ‘boom’ itu adalah kabait yang dibalut tebal dengan kertas menyerupai mercun.
“Setakat ini kami masih menyiasat motif sebenar kejadian tersebut memandangkan mengikut siasatan awal, warga emas berkenaan tidak mempunyai musuh di luar sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Bagaimanapun, Azman berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti siapa dalang yang membaling objek tersebut di kawasan rumah mangsa.
“Kami tidak menolak kemungkinan, objek tersebut me rupakan satu ugutan atau rasa tidak puas hati yang cuba diluahkan pihak tertentu ataupun kerja budak nakal yang sengaja mahu menakutkan keluarga berkenaan.
“Kami akan meneruskan siasatan bagi mengesan motif sebenar kejadian tersebut,” katanya
No comments:
Post a Comment