Ular terbesar di KL ditangkap
Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, ular berkenaan ditemui seorang lelaki berusia 20-an ketika menunggang motosikal menuju ke sebuah kedai makan.
Lelaki itu memaklumkan kepada seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Sentul, Md. Nor Ali berkata, empat anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pukul 11.50 malam.
"Mereka mengambil masa kira-kira sejam untuk mengangkat ular itu sebelum dibawa keluar dari lokasi tersebut.
"Setakat ini ular tersebut yang paling besar pernah ditemui di kawasan Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui hari ini.
Ular tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
No comments:
Post a Comment