Thursday, June 21, 2012

palang maut

Palang berhayun tusuk teksi


ASENAR menunjukkan besi penghadang yang menembusi cermin hadapan teksinya dalam kejadian di PPUM semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini mungkin menemui ajal jika dia masih berada di dalam sebuah teksi apabila kenderaan itu tiba-tiba ditusuk palang penghalang jalan hingga menembusi tempat duduk penumpang depan selepas 10 minit dia turun semalam.
Kejadian berdekatan sebuah fakulti PPUM pukul 2.30 petang itu berlaku selepas palang sepanjang kira-kira tiga meter yang tidak diikat itu berhayun apabila ditiup angin lalu menembusi cermin depan teksi milik Asenar Moido, 50.
Menurut Asenar, dia tidak sempat menekan brek untuk mengelak hayunan penghadang tersebut kerana ketika kejadian, besi itu tiba-tiba menuju ke arah teksinya apabila ditiup angin kuat.
“Kira-kira 10 minit sebelum itu, saya membawa seorang penumpang wanita yang bekerja di Fakulti Perubatan PPUM yang meminta saya menghantarnya hingga depan premis menggunakan jalan yang tidak boleh dilalui kerana mendakwa dia terlewat selain palang tidak ditutup.
“Ketika hendak keluar, saya menggunakan jalan yang sama dan tanpa diduga palang penghadang jalan tiba-tiba menembusi cermin depan sebelah penumpang hingga hujungnya sampai ke tempat letak kepala,” ceritanya yang bernasib baik tidak tercedera.

No comments:

Post a Comment