Saturday, June 30, 2012

tunjuk anu kena 1500

Tunjuk kemaluan: Pemuda warga Bangladesh terima padah
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012

KUANTAN - Seorang pemuda warga Bangladesh menerima padah didenda sebanyak RM1,500 dan satu hari penjara di Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah menunjukkan kemaluan pada seorang wanita.

Tertuduh, Md Nazmul Hossain, 27 dari Jalan Sungai Felda Panching di sini menerima hukuman tersebut yang dijatuhkan oleh Majistret Rini Triany Mohd Ali yang turut mengenakan penjara dua bulan jika denda gagal dibayar.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda tersebut. Mengikut kertas pertuduhan, Nazmul yang juga seorang pekerja am di kilang simen telah didapati dengan maksud mengaibkan dengan menunjukkan kemaluannya pada seorang peniaga berusia 31 tahun di sebuah gerai makan di Taman Pandan Damai di sini pada 8 Jun lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Tertuduh disabitkan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment