Friday, June 15, 2012

joran punya hal

Berantakan rebut joran milik bapa
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PADANG BESAR: Hanya kerana mempertahankan sebatang joran milik bapa, seorang pelajar berusia 17 tahun bukan saja parah akibat dilibas dengan joran itu oleh abangnya, malah turut dikejar lelaki itu yang bersenjatakan parang dalam kejadian di rumah mereka di Taman RPA, Chuping, di sini.

Dalam kejadian jam 11 malam Isnin lalu, suspek yang berusia 20-an berang selepas tidak dapat menerima teguran adiknya itu yang menegahnya menggunakan joran itu kerana tidak meminta kebenaran daripada bapa.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, sebelum kejadian suspek datang ke rumah mangsa bersama seorang rakan, berjumpa dengan ibu mereka bagi mengambil joran milik bapanya yang ketika itu tiada di rumah.

“Suspek bertanya sama ada joran berkenaan digunakan atau tidak kerana dia mahu menggunakannya untuk memancing bersama rakan.


“Ketika itu, adiknya menegur lelaki berkenaan kerana tidak meminta kebenaran bapa mereka terlebih dulu selepas suspek dengan selamba membawa joran itu keluar dari rumah,” katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment