Wednesday, July 20, 2011

seronok mau anak xmau



Pasangan kekasih buang bayi atas bonet kereta ditahan

INSPEKTOR Nor Haslinda Ahmad (kanan) mendukung bayi yang ditemui atas bonet kereta di Felda Sungai Mas sambil diperhatikan Muhammad Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, semalam.

KOTA TINGGI 19 Julai - Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di atas but sebuah kereta di Felda Sungai Mas di sini pada Khamis lalu.

Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui pemilik kereta tersebut pada pukul 7 pagi dalam keadaan dibalut baju sejuk sebelum laporan polis dibuat.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang seorang wanita berusia 20 tahun dan teman lelakinya berumur 25 tahun keesokan harinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, pasangan tersebut ditahan ketika mendapat rawatan di sebuah hospital di sini.

Menurutnya, siasatan mendapati, bayi itu dilahirkan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Air Tawar 3 kira-kira pukul 3 pagi.

"Pasangan terbabit sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang menghala ke Kota Tinggi untuk bersalin namun dipercayai akibat tidak sempat, mereka singgah di ladang tersebut untuk bersalin.

"Mereka kemudian dikatakan berpatah balik ke rumah abang teman lelaki wanita itu di Teluk Ramunia sebelum meninggalkan bayi berkenaan di Felda Sungai Mas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Katanya, polis turut menemui uri bayi berkenaan yang ditanam berhampiran kawasan ladang itu.

Kedua-dua pasangan tersebut ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan, katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes, seorang bayi lelaki seberat dua kilogram ditemui di belakang rumah pekerja di Ladang Telok Sengat di sini pada 11 Julai lalu.

Ketika ditemui, kata Muhammad, bayi itu masih bernyawa tetapi dikerumuni lalat dan semut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment