Saturday, December 31, 2011

pelabur ternak lintah ditipu

Wang pelaburan ternakan lintah lesap
Oleh : NURULFATHA MUAH
Tarikh : December 31, 2011
Wang pelaburan ternakan lintah lesap
SHAH ALAM - “Kami mahu duit kami semula. Mana wang yang kami laburkan dalam penternakan lintah seperti yang dijanjikan?”.

Itu antara luahan hati kira-kira 13 individu yang kerugian hampir RM400,000 selepas membuat pelaburan dalam projek penternakan lintah daripada seorang ahli perniagaan dan mendakwa mereka tidak mendapat pulangan.

Mereka yang diiringi Ahli Parlimen Kapar, S Manika­vasagam, semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), di sini, berhubung perkara itu untuk menuntut pembelaan.

Manikavasagam berkata, semua mangsa membuat pelaburan itu sejak 2009 selepas mendengar taklimat yang menawarkan pelaburan projek itu di Kuala Lumpur.

“Penganjur menjanjikan pulangan lumayan bergantung kepada lot yang dilaburkan dalam tempoh antara enam hingga 18 bulan. Satu lot dilaburkan RM5,230.

“Selepas tempoh itu, bukan saja hasil pelaburan tidak diperoleh, malah wang pelaburan mereka juga tidak dikembalikan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membantu individu tersebut untuk memfailkan saman dan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Difahamkan, kira-kira 450 orang melabur dalam projek itu, tetapi saya hanya dapat lebih 10 aduan saja di kawasan saya dan mungkin ada lagi individu lain di luar sana belum tampil membuat laporan dan dianggarkan jumlah kerugian mencecah RM2 juta.

Sementara itu, mangsa, Krishna Kumari, 53, seorang guru, berkata, dia tertarik untuk melabur kerana terpengaruh dengan ‘kata-kata manis’ yang ditawarkan.

“Saya dan rakan lain yang mendengar taklimat itu turut berpeluang melihat sendiri kawasan penternakan lintah di Dengkil. Kami terus tandatangan dokumen perjanjian selepas melihat semua bukti itu.

“Saya pinjam wang dari bank sebanyak RM10,000 untuk melabur dua lot penternakan lintah,” katanya.

Bagaimanapun, impian­nya untuk mendapatkan hasil pelaburan musnah apabila ahli perniagaan itu sentiasa berdolak-dalik apabila dihubungi.

“Kami juga pernah pergi ke pejabatnya di Klang, tetapi ia dikunci. Kami telefon berkali-kali, tetapi tidak dijawab.

“Saya tidak dapat satu sen pun wang yang dijanjikan, malah terpaksa pula bayar faedah dan hutang yang dipinjam,” katanya.

peronda dan pencuri sama2 terjun sungai

Pencuri tamak putih mata
Oleh : RUBIAH OMAR & Zubir Sulaiman
Tarikh : December 31, 2011
Pencuri tamak putih mata
KUALA TERENGGANU- Padan muka! Seorang pencuri bukan sahaja terpaksa berputih mata setelah gagal mendapat sebarang habuan, tetapi lebih malang, dia turut teruk dibelasah penduduk apabila kegiatan jahatnya itu berjaya dihidu dalam satu kejadian di Kampung Padang Air, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia lingkungan 30-an itu kantoi di tangan sekumpulan penduduk yang sedang membuat rondaan keselamatan kampung selepas cubaannya memecah masuk Masjid Kampung Padang Air dipercayai untuk mencuri sempat disedari.

Difahamkan, sebelum itu, suspek yang menunggang motosikal sudah memecah masuk sebuah rumah milik seorang ibu tunggal di kampung berkenaan dan sempat mengambil beberapa barang berharga seperti wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit.

Mungkin tidak berpuas hati dengan habuan yang diperoleh, suspek bertindak berani memecah masuk masjid pula dengan harapan mampu memperoleh habuan lebih.

Menurut salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenal sebagai Pok Yah, sejurus menyedari kehadiran ‘tetamu tidak diundang itu’ di dalam masjid tersebut, dia bersama ahli kumpulan yang bertugas mengambil tindakan mengunci motosikal yang ditunggangi suspek menggunakan rantai.

“Suspek yang terkejut mendengar kehadiran kami cuba melarikan diri menggunakan motosikalnya namun setelah menyedari ia telah dirantai, suspek terus melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berhampiran sebelum mencampakkan semua barangan yang sempat dicuri ke kawasan perkubu-ran berhampiran masjid.

“Melihat suspek terjun ke dalam sungai, kami turut terjun sama bagi memastikan suspek tidak terlepas dan akhirnya kami berjaya menangkapnya di seberang sungai iaitu di kawasan Kampung Petai Bubus, di sini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, suspek yang bukan penduduk tempatan di situ telah diserahkan kepada polis dari Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian, semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan tangkapan tersebut.


Jahil agama punca sanggup pecah masuk masjid

Sementara itu, Imam Besar Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, senario kes kecurian di masjid semakin menjadi-jadi sejak belaka-ngan ini, seolah-olah pelakunya tidak takut kepada dosa dan hukum ALLAH SWT di kemudian hari.

“Kejadian ini berpunca disebabkan mereka jahil agama dan berkemungkinan terpengaruh dengan gejala sosial lain seperti pengambilan dadah, alkohol dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, sekiranya mereka ini berfikiran waras dan mengetahui serta memahami hukum-hakam agama, nescaya perkara ini sama sekali tidak berlaku, terutama di rumah ALLAH SWT.

“Kita sering memberi nasihat berhubung perkara ini melalui khutbah Jumaat dan majlis ilmu yang diadakan sama ada di masjid ataupun menerusi program keagamaan yang diadakan.

“Namun apa yang disampaikan ini berkemungki-nan tidak diendahkan apabila mereka ini telah dipengaruhi najis dadah sehinga terdesak untuk mendapatkan wang mudah dengan mencuri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sehubungan itu, Aizi menasihatkan masyarakat supaya turut sama memainkan peranan dengan mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, sekiranya ahli kariah ada ternampak keadaan yang mencurigakan, mereka seharusnya segera melaporkan kepada pihak masjid atau menghubungi pihak berkuasa sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini terutamanya kejadian kecurian.

Bagaimanapun, katanya kebanyakan masjid di negeri ini turut dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) namun kes kecurian masih lagi berlaku.

polis pun dera anak

Didera ibu angkat
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: Tindakan seorang anggota polis wanita meminta jiran menjaga anak angkatnya berusia lima tahun kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan, membongkar perbuatan anggota polis berkenaan mendera kanak-kanak itu sejak beberapa bulan lalu.

Sumber berkata, kanak-kanak lelaki itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, sejak petang kelmarin, kerana cedera di beberapa bahagian badan dipercayai didera ibu angkatnya.

“Kanak-kanak itu cedera di kemaluan dengan kesan torehan benda tajam serta kesan lebam di bahagian mata dan badan sejak beberapa bulan lalu di rumahnya di Taman Derga Jaya, di sini.

“Difahamkan, mangsa dipelihara wanita berusia 30-an dan masih bujang sejak kecil dan tinggal bersama,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, kes penderaan itu terbongkar selepas wanita terbabit meninggalkan kanak-kanak itu di rumah jirannya kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan.

Friday, December 30, 2011

darah manis

Tragedi darah manis
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 30, 2011
kemalngan
KUALA KANGSAR – Hasrat bakal pengantin, Husnul Khatimah Sapian, 22, untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tidak kesampaian apabila tunangannya, Mohd Abdillah Mohd Khairuddin, 27, maut akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerjanya, di sebuah gudang perabot, di sini, semalam.
 
Menurut Husnul Khatimah, sekujur badannya menggigil sebaik sahaja menerima panggilan ibu mangsa, Hamidah Moham­mad, 50, pada kira-kira jam 10 pagi, yang memaklumkan tragedi berkenaan kepadanya.
 
“Semalam (kelmarin) baru sahaja dia bersama ibunya menemani saya ke Hospital Taiping kerana saya mempunyai masalah jantung dan sungguh tak sangka hari ini (semalam) dia telah pergi untuk selamanya,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, di Kampung Banjir, di sini, sema­lam.
 
Katanya, mangsa menghubunginya kira-kira jam 12 tengah malam, selepas menghantarnya pulang ke rumah.
 
‘Abang sedih sangat malam ini. Rasa nak menangis, tapi tak tahu kenapa’, merupakan antara kata kata akhir mangsa kepada Husnul Khatimah.
 
Menurutnya, mangsa meluahkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerja yang diusahakan, dan merasa penat untuk terus mencuba.
 
Husnul Khatimah juga mengakui yang dia perasan perubahan sikap mangsa yang ditunjukkan pada malam sebelum kejadian, namun tidak pernah menyangka ia sebagai suatu petanda.
 
“Kami baru sahaja bertunang pada 20 November lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
 
“Saya dimaklumkan tragedi berlaku pada kira-kira jam 9.40 pagi ketika dia menjalankan tugas di bahagian belakang gudang perabot itu, dan dipercayai ditimpa rantai pengangkat sebuah lif pengangkut barangan yang belum siap dibina,” katanya.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan, kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

hantu kak limah punya hal

Kak Limah: Polis gesa selesai segera
Oleh : MOHD AZLIM ZAINURY
Tarikh : December 30, 2011
Kak Limah: Polis gesa selesai segera
MARANG – Polis meminta keluarga Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini, segera mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan gangguan lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah yang dikatakan mengganggu mereka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superinten-dan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah me-nyi­asat perkara itu namun mendapati ia tiada sebarang unsur jenayah.

“Bagaimanapun, kami harap keluarga terbabit dapat segera mencari jalan penyelesaian sekali gus dapat memastikan keadaan kembali seperti sedia kala. Kita bimbang jika keadaan itu berterusan, ia akan menjejaskan kehidupan orang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mazlan berkata, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.

Sementara itu, ketika me­ngunjungi Mazlan kelmarin, Sinar Harian diberitahu, kerisauan keluarga itu terhadap gangguan misteri itu dijangka berakhir tidak lama lagi, apabila ada pihak sudi tampil untuk membantu mereka.

Mazlan berkata, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu, yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya dengan percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya esok, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia bawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, November lalu.

“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami. Buat masa ini, ustaz itu sudah beberapa kali menghubungi saya dan bertanya per­kembangan berhubung gangguan dialami,” katanya.

Sementara itu, seorang ustaz yang enggan namanya didedahkan, berkata, keluarga itu perlu sentiasa mendekatkan diri mereka dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu percayakan bomoh atau dukun palsu.

Menurutnya, tidak sukar untuk mengetahui sama ada perubatan itu khurafat atau tidak dan sama ada bomoh atau dukun adalah palsu atau tidak.

“Keluarga ini perlu me­ngelak dari mendapat khidmat perubatan melalui mantera, tidak guna ayat al-Quran atau tau jika dalam bahasa lain ia berbunyi janggal,” katanya.

kurung sebelum rompak

Dua beradik dikurung dalam tandas
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 29, 2011

KUALA LUMPUR - Dua beradik perempuan dikurung dalam tandas selepas rumah mereka dimasuki penyamun di Taman Wilayah, Jinjang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, berkata tiga lelaki dipercayai memecah masuk rumah teres dua tingkat itu melalui tingkap di ruang tamu pada jam 4.30 pagi tadi.

"Tiga lelaki terbabit mematahkan jeriji tingkap dan memasuki salah sebuah bilik di rumah mangsa. Seorang daripada tiga suspek mengacukan pisau ke arah dua beradik itu sebelum mengurung mereka di dalam tandas," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa menyedari kejadian itu selepas bangun untuk solat Subuh dan mendapati anaknya yang berusia 18 dan 28 tahun tidak ada dalam bilik sebelum menemui mereka terkurung dalam tandas.

Bagaimanapun, dua beradik itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zakaria berkata, suspek menggeledah rumah itu sebelum melarikan empat telefon bimbit, sebuah komputer riba, sejumlah wang tunai serta sebuah kereta jenis Proton Inspira.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/7 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan.

bisikan suruh terjun tasik

Ibu memang terjun tasik
Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Nur Arina Mohd Ramlan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Impian empat anak untuk menemui ibu mereka yang hilang selepas keluar dari rumah di Kelana Jaya, dekat sini, seminggu lalu berkecai apabila hanya jasad wanita itu yang ditemui.

Lebih malang lagi, baru sehari berita kehilangannya dilaporkan semalam, keluarga itu menerima panggilan ‘sayu’ daripada pihak polis yang meminta pengecaman mayat mangsa dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Mohamad Khalid Johari, 28, berkata, dia mengambil keputusan melaporkan kehilangan ibu, Wan Jaliah Wan Harun, 56, dalam akhbar selepas ibunya hilang 22 Disember lalu dan gagal ditemui walaupun pelbagai usaha dibuat.

“Saya mengharapkan ada pihak akan hubungi sekiranya terjumpa ibu di mana-mana, tapi lain pula yang jadi apabila polis yang mohon kami datang membuat pengecaman mayat.


“Memang tersangat sedih dan tak boleh digambarkan perasaan ini. Polis daripada Balai Polis HS Lee memberitahu mayat ibu ditemui di Taman Tasik Perdana pada 22 Disember iaitu hari kehilangannya, sekitar jam 8 pagi, namun mereka sukar mencari waris ibu.


“Ini kerana tiada pengenalan diri bersamanya, cuma sekeping resit pembelian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Kelana Jaya yang menjadi petunjuk,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Apapun katanya, mereka sekeluarga bersyukur kerana akhirnya menemui ibu walaupun dia sudah kembali menyahut seruan Illahi. “Kami redha dengan pemergiannya walaupun dengan cara yang menyedihkan,” katanya.


Mohamad Khalid berkata, arwah menghidap penyakit gangguan mental sejak dua tahun lalu dan kini masih meneruskan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, kebiasaannya mereka adik-beradik akan bergilir-gilir menghantar ibu untuk rawatan di hospital, malah sepatutnya Wan Jaliah mempunyai temu janji pada 23 Disember, jam 9.30 pagi.


“Kami sekeluarga terima seadanya. Cuma selepas ini saya akan sentiasa ingat pesannya supaya sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan jangan tinggalkan solat,” katanya.


Jenazah Wan Jaliah akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Cheras selepas di mandikan dan dikafankan di HKL.


Harian Metro dalam laporan semalam memetik Mohamad Khalid sebagai berkata ibunya pernah memberitahu ada suara menyuruhnya terjun ke dalam tasik.

maut xdengar nasihat ibu

Padah tak dengar cakap ibu
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Tindakan seorang remaja enggan mendengar nasihat ibunya agar tidak keluar pada waktu senja mengundang padah apabila dia maut selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Pesisiran Pantai, Kuala Sungai Padang, di sini, kelmarin.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 6.30 petang apabila motosikal ditunggang mangsa, Mohd Faiz Chenat, 15, merempuh sebuah motosikal lain di hadapan menyebabkan dia terjatuh dan mati akibat cedera parah.


Bapa mangsa, Chenat Jusoh, 51, berkata sebelum kejadian, isterinya, Rohana Mustafa, 44, melarang Mohd Faiz keluar rumah dengan menunggang motosikal tetapi langsung tidak diendahkan.

Menurutnya, anak ketiga daripada lima beradik itu keluar kira-kira jam 6 petang mahu bertemu rrakannya sebelum mereka dikatakan bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran.


Katanya, dia tidak menyangka perasaan tidak sedap hati isterinya itu ternyata benar selepas anaknya maut dalam kemalangan selang beberapa minit kemudian.


“Ketika kejadian itu, saya baru pulang dari kerja mendapat panggilan telefon mengenai kejadian.

“Saya terus bergegas ke kawasan kejadian bagi melihat keadaan anak saya. Hancur luluh hati melihat Mohd Faiz sudah tidak bernyawa lagi,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Katanya, dia sedih melihat mayat anaknya terbaring tidak bernyawa dengan kecederaan parah di dada, manakala topi keledar dipakainya hancur.

“Meskipun kejadian ini amat mengejutkan, namun kami reda dengan pemergian arwah buat selama-lamanya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian berlaku apabila mangsa bersama tiga rakannya yang menunggang motosikal berasingan secara laju dipercayai merempuh sebuah motosikal lain yang membelok ke kanan.


Katanya, mangsa yang gagal mengawal motosikalnya merempuh motosikal di hadapan lalu jatuh tersembam ke atas jalan menyebabkan tulang rusuk kirinya patah.


“Mangsa maut di tempat kejadian sebelum tiga lagi rakannya melarikan diri kerana takut dengan kejadian yang menimpa rakan mereka.


“Motosikal yang dirempuh mangsa ditunggangi seorang remaja berusia 14 tahun yang turut mengalami kecederaan ringan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini,” katanya.


Menurutnya, kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim di talian 04-9781079 bagi membantu siasatan.

xjadi mati

Isteri tidak jadi mati
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LIPIS: Cubaan seorang suri rumah menggantung diri, gagal apabila tergelincir ketika berdiri di atas kerusi dan akibatnya, dia kini menghadapi kesukaran bercakap selepas lehernya cedera dijerut kain.

Difahamkan, wanita berusia 29 tahun dan menetap di Kampung Baru Cina, Padang Tengku, di sini, mengambil keputusan nekad membunuh diri jam 9 malam kelmarin selepas terlalu kecewa dan sedih kerana dimarahi suami.

Bagaimanapun, cubaan ibu kepada dua anak lelaki itu menggantung dirinya pada kipas siling di rumahnya tidak menjadi apabila secara tiba-tiba, dia tergelincir daripada kerusi mengakibatkan lehernya cedera parah kerana dililit kain sari digunakannya itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, suri rumah terbabit pulang lewat dari kedai runcit berdekatan dan dimarahi suaminya.


Menurutnya, siasatan awal mendapati suri rumah terbabit tidak bertengkar dengan suaminya sebaliknya hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala sebelum masuk ke bilik.

menyamun naik basikal je..

Penyamun naik basikal larikan RM120,000

SHAH ALAM 29 Dis. - Hanya dengan menaiki basikal, tiga penjenayah dikatakan berjaya melarikan pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai RM120,000 selepas menyamun sebuah kedai pengurup wang di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang dekat sini semalam.

Kejadian tidak sampai lima minit itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika seorang pekerja berada di dalam premis itu.

Difahamkan, premis tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, siasatan awal mendapati, tiga lelaki terbabit, salah seorang daripadanya membawa objek seperti pistol mengugut pekerja premis terbabit supaya menyerahkan semua mata wang asing yang disimpan.

Beliau berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan ketiga-tiga suspek yang kemudian melarikan diri selepas memperoleh hasil samun.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil siasatan, ada saksi yang nampak ketiga-tiga suspek bergegas keluar dari premis tersebut dan melarikan diri dengan menunggang basikal.

"Bagaimanapun, polis belum dapat memastikan sama ada maklumat tersebut benar atau tidak," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohamad, pihaknya sedang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan namun belum ada tangkapan dibuat.

Wednesday, December 28, 2011

toyol kena tangkap

‘Toyol’ masjid kena cekup
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011
toyol
RAUB - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencuri wang milik salah seorang jemaah Masjid Tengku Abu Bakar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superin-tendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, seorang remaja berusia 19 tahun meletakkan begnya yang berisi dompet dan wang tunai RM200 di ruang solat wanita.

Menurutnya, lebih kurang jam 8.50 pagi itu, mangsa ke tandas sebelum masuk semula ke dalam masjid dan mendapati beg pakaiannya terbuka dan dompet telah tiada.

“Mangsa sempat bertanyakan beberapa individu yang berada di sekitar masjid dan pihak pengurusan masjid juga mendapat makluman awal berkaitan kes kecurian itu.

“Berdasarkan maklumat orang ramai, suspek berjaya ditahan di Perhentian Bas dekat Pusat Perdagangan Raub,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Serendah, Selangor itu menyimpan wang RM200 dalam dompetnya.

Katanya, suspek bertindak mengeluarkan wang dan membuang dompet mangsa ke dalam salah sebuah pasu di masjid berkenaan.

“Suspek juga menunjukkan sendiri lokasi dompet mangsa yang dibuangnya dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati negatif.

“Suspek pernah bekerja sambilan di sebuah kedai makanan dekat Bandar Raub dan difahamkan baru sahaja berhenti kerja,” kata Wan Mohd Samsudin.

Beliau berkata, pada malam sebelum kejadian, suspek dipercayai baru sahaja sampai dari Serendah dan tidur di masjid itu.

Katanya, suspek mendakwa melakukan perbuatan mencuri itu kerana ingin dijadikan tambang bas untuk pulang semula ke kampungnya di Serendah.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan dan orang ramai perlu sentiasa berhati-hati termasuk ketika berada dalam kawasan masjid atau surau supaya menjaga barangan berharga termasuk wang dan telefon bimbit,” katanya.

Sementara itu, tindakan suspek memulangkan semula dompet yang diambilnya dalam beg pakaian mangsa akhirnya memerangkap dirinya sendiri.

Imam Dua Masjid Tengku Abu Bakar, Abd Rahman Mohd Ali berkata, ketika kejadian beliau sedang memeriksa alat pembesar suara dalam masjid itu.

Menurutnya, pada masa itu dia terlihat seorang remaja lelaki mencampak dompet ke dalam sebuah pasu di penjuru masjid berhampiran tempat wuduk dan tandas wanita.

“Pada waktu itu saya menggunakan mikrofon untuk menguji sistem bunyinya dan sempat saya menjerit sebagai respons apabila melihat perbuatan remaja itu.

“Orang ramai juga keluar dari premis berdekatan dan sempat melihat kelibat suspek melarikan diri keluar dari kawasan masjid menuju ke bandar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Abd Rahman berkata, dia sempat menceritakan kepada anggota polis berdekatan tentang kejadian berkenaan dan menerangkan ciri-ciri fizikal remaja itu.

“Dalam masa singkat sahaja, polis dapat mengesan kedudukan lokasi suspek ketika itu dan berjaya memberkasnya,” katanya.
 

toyol takut air jampi

'Toyol' cilik curi RM20 ribu ditangkap
Oleh : NELL
Tarikh : December 28, 2011

PUCHONG – Disangkanya toyol yang mencuri duit simpanan yang diletakkan dalam kotak berkunci di dalam bilik tidur rumahnya, namun misteri kehilangan wang tunai berjumlah hampir RM20,000 milik seorang kontraktor sebelum ini terjawab apabila tiga penyamun cilik mengaku melakukan perbuatan itu.

Difahamkan, penyamun cilik terbabit mengaku mencuri wang tunai itu selepas ditakut-takutkan anak mangsa yang mendakwa badan mereka yang mencuri akan terasa panas kerana terkena air jampi.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal berkata, sebelum ini beberapa kali duit yang disimpan di dalam biliknya didapati hilang namun gagal menjejaki si pencuri.

kubu british

Kubu lama Biritsh perlu dijaga
Oleh : HABSAH ISMAIL
Tarikh : December 28, 2011
bersih-kubu-lama
KOTA BHARU- Kubu lama tinggalan British yang ada di negeri ini perlu diberi perhatian dengan menjaga kebersihan dan memastikan terdapat pagar di sekelilingnya bagi menjamin keselamatan.

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (Muzium Kelantan), Abdul Rahman Abdullah berkata, pihaknya mengambil inisiatif membersihkan kubu berdekatan Hotel Grand River View, di sini setelah mendapati banyak sampah-sarap di sekitarnya.

“Kebanyakan penduduk sekitar tidak mengetahui itu adalah kubu lama, jadi ada di kalangan mereka membuang sampah-sarap dan semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan kakitangan Muzium Kelantan, terdapat banyak plastik, botol minuman serta kertas.

“Biarpun tanggung jawab menjaga kubu ini berada di bawah peruntukan jabatan lain, namun sebagai pihak muzium yang menjaga tinggalan sejarah lama, kami mengambil inisiatif bergotong-royong membersihkannya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, kubu British yang berusia 70 tahun berkenaan digunakan untuk mempertahankan keselamatan tentera British daripada serangan Jepun suatu masa dahulu dan ia mempunyai sejarah tersendiri.

Menurutnya, bagi langkah pemuliharaan kawasan kubu British di situ, pihaknya mencadangkan papan notis amaran perlu diletakkan berdekatan kubu terbabit bagi mengelak orang ramai membuang sampah.

“Bagi mengelak penyalahgunaan kawasan kubu ini, pagar perlu dibina sehingga ke tepi Sungai Kelantan sebagai langkah pemuliharaan supaya generasi akan datang masih boleh melihat tinggalan ini,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pihak berwajib juga diminta melaksanakan langkah menjaga kebersihan 27 kubu lama termasuk dari Tok Bali (Pasir Puteh) sehingga beberapa kubu yang ada di Tumpat secara berterusan.

Katanya, orang ramai pula perlu mempunyai rasa lebih bertanggung jawab sama-sama menjaga tinggalan sejarah di Kelantan dengan memastikan kawasan kubu lama British sentiasa bersih.

gajah masuk kedai

Gajah muncul di kedai makan
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 28, 2011
gajah_batu_melintang_pix_[28_dis]
BATU MELINTANG – Kemunculan seekor gajah seberat 1.5 tan mengejutkan beberapa pelanggan yang sedang bersarapan di kedai makan dekat Kampung Dendung, pagi kelmarin.

Bagaimana mereka mampu menarik nafas lega, apabila gajah tersebut tidak bertindak agresif kerana hanya berkeliaran mencari makanan dan dipercayai masuk ke kawasan kampung dekat sini, dua hari lalu.

Penduduk, Abdul Razak Jusoh, 60, berkata, ketika menemani rakan menebas di kebun getah berhampiran kampung tersebut dia pernah melihat gajah itu dan tidak sangka akan muncul berhampiran kedai makan berkenaan.

Dakwanya gajah jantan terbabit juga turut memusnahkan kebunnya yang terletak di Batu 10 menyebabkan 40 pokok getah yang ditanamnya sejak empat tahun lalu musnah.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, sejurus penduduk memaklumkan kejadian tersebut sepasukan pegawai dari pejabat Perhilitan Jeli bergegas ke lokasi berkenaan bagi mengesan haiwan itu.

Menurutnya, gajah seberat 1.5 tan itu akhirnya ditembak dengan menggunakan ubat pelali selepas usaha mengesan selama tujuh jam membuahkan hasil.

“Gajah berusia antara 10 hingga 15 tahun itu dipercayai berkeliaran di sekitar Kampung Dendung, Lawar, Belimbing dan Pendok sejak dua tahun lalu, kini berjaya ditangkap selepas didapati berkeliaran dan merosakkan tanaman serta boleh mengancam keselamatan penduduk.

“Urusan pemindahan gajah tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat dengan kerjasama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan yang menyediakan pengangkutan dan gajah denak diperlukan bagi menghantar haiwan ini ke Taman Negara.

“Tahun ini pihak kami berjaya menangkap 11 gajah termasuk di Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya.

isi sarikata salah x isi salah

Sarikata program Indonesia mengelirukan

TENGKU AFIF
Kuala Lumpur.

SAYA cukup terkilan dengan penulisan sarikata untuk program-program dari Indonesia. Penulis seolah-olah mahu menunjukkan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia merupakan dua bahasa yang sangat berbeza.

Sebagai contoh, perkataan seperti diterjemahkan sebagai macam, kerana sebagai sebab, warung sebagai gerai, sepatu sebagai kasut, toko sebagai kedai, bagaimana sebagai macam mana, disembuhkan sebagai dipulihkan, anting-anting sebagai subang, kamu sebagai awak, mahu sebagai nak, pulang sebagai balik, tidak kelihatan sebagai tak nampak, sebentar sebagai sekejap.

Bukankah perkataan-perkataan tersebut juga digunakan dalam bahasa Melayu yang kita gunakan?

Sememangnya sarikata-sarikata yang ditulis untuk program-program dari Indonesia disediakan oleh mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bahasa Melayu.

Mereka begitu ghairah untuk mencari perbezaan. Maka hasilnya ialah, sarikata-sarikata yang disediakan adalah sarikata dalam bahasa Melayu yang digunakan untuk berbual.

Saya lebih suka jika pihak televisyen menggunakan kaedah same language subtitling di mana kaedah ini tujuannya adalah untuk membantu mereka yang pekak atau masalah pendengaran.

Beberapa kajian menunjukkan kaedah ini dapat meningkatkan kadar literasi dan pembacaan (http:// en.wikipedia.org/wiki/Subtide (captioning).

Saya sarankan biarlah penyediaan sarikata untuk program-program dari Indonesia adalah berdasarkan apa yang diucapkan oleh orang-orang di dalam program-program tersebut.

Jika terdapat perkataan-perkataan yang asing bagi kita seperti pacar, cewek, macet atau gede sebagai contoh, perkataan-perkataan tersebut hendaklah digunakan huruf condong.

Saya pasti majoriti penonton program-program Indonesia dapat mengetahui perkataan tersebut.

Jika sebaliknya, mereka akan pasti bertanya atau mencari sendiri maksud perkataan-perkataan tersebut.

Sarikata yang disediakan oleh pihak televisyen adalah sangat mengelirukan dan kadang-kadang berbeza dengan apa yang hendak disampaikan.

jual bayi 7 ribu

Lima ditahan cuba jual bayi RM7,000

KUCHING 27 Dis. - Polis menahan lima individu termasuk dua wanita pada Khamis lalu kerana dipercayai cuba menjual bayi perempuan yang baru dilahirkan teman wanita salah seorang daripada mereka dengan harga RM7,000.

Penahanan itu ekoran hasil maklumat ibu bayi berkenaan yang secara tidak sengaja menemui sepucuk surat mengandungi butiran jual beli di atas namanya di dalam bakul sampah di rumah didiaminya di Tabuan Keranji di sini.

Menurut sumber, wanita berkenaan berusia 31 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu melahirkan bayi tersebut di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 19 Disember lalu.

"Sehari selepas itu, dia dibawa keluar teman lelakinya yang berasal dari Johor sebelum dihantar ke sebuah rumah di Tabuan Keranji.

"Wanita berkenaan yang masih dalam pantang dijaga oleh seorang wanita dari Sibu yang tidak dikenalinya," katanya di sini hari ini.

Menurut sumber, wanita berkenaan mendakwa tidak tahu menahu mengenai urusan jual beli berkenaan.

Katanya, berikutan laporan dibuat wanita itu, polis menahan kelima-lima suspek dengan empat daripadanya ialah penduduk tempatan pada petang Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong mengesahkan kes berkenaan dan berkata, lima suspek itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Tuesday, December 27, 2011

sarapan terbantut

Lori bergerak tanpa pemandu
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 27, 2011
Lori bergerak tanpa pemandu
ALOR GAJAH - Keseronokan seorang pemandu lori menikmati sarapan paginya terbantut apabila kenderaan yang diberhentikan di tepi jalan mengundur ke belakang secara tiba-tiba dan menuju ke rumah seorang penduduk.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, pemandu lori terbabit, Ramli Mohamad, 50, dari bandar Melaka menuju ke Alor Gajah berhenti sebentar di Kelemak untuk bersarapan pagi, sebelum meneruskan perjala­-nan ke Lendu untuk mengambil kayu getah.

“Saya sudah pastikan brek tangan ditarik dan semuanya sempurna tapi entah macam mana sebaik saya turun dari lori dan tutup pintu, tiba-tiba sekumpulan pelanggan di kedai minum berdekatan menjerit kepada saya memberitahu lori bergerak.

“Saya terus berusaha mengejar lori tanpa muatan yang meluncur laju mengundur, walaupun sebenarnya tahu saya tidak mungkin dapat mem­ber­hentikannya.

“Dalam sekelip mata bunyi berdentum kuat dan saya perhatikan lori saya sudah merempuh sebuah Proton Wira milik yang diletakkan di hada­-pan sebuah rumah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Berikutan pelanggaran itu, kereta milik tuan rumah berkenaan remuk teruk di bahagian depan serta pecah cermin depan.

Sementara itu, saksi kejadian, Nur Shahidah Jazmi, 16, berkata, dia melihat sendiri lori berkenaan terus menghimpit kereta bapanya sebelum bertindak memanggil ibunya di dapur.

“Waktu itu saya sedang menyapu lantai di dalam rumah. Saya terkejut dengan bunyi dentuman kuat sebelum menjenguk ke luar mendapati sebuah lori sudah merempuh kereta ayah saya,” katanya.

Kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemala­-ngan jiwa, sebaliknya tayar bahagian depan lori tersangkut pada longkang di tepi rumah.

juallah harta demi awang hitam

Jual harta demi cinta Mat Afrika
Oleh Rosyahaida Abdullah dan Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tidak semua wanita yang menjalin hubungan dengan warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘Awang Hitam’ diberikan kemewahan, sebaliknya ada antara mereka yang papa gara-gara dikikis golongan licik berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Imam Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek (gambar) berkata, pihaknya sendiri pernah menerima kes membabitkan wanita yang kehilangan rumah dan harta benda lain akibat terpedaya dengan cinta palsu Awang Hitam.


Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan kesan negatif bakal dilalui mangsa yang tidak hanya terhad sebagai hamba seks mahupun pukul, sebaliknya wang ringgit juga mampu habis dikerjakan lelaki berkulit hitam itu.

“Dalam satu kes yang kita terima, seorang wanita warga emas sanggup menjual asetnya termasuk rumah hanya kerana terpedaya dengan janji manis Awang Hitam yang dikenali menerusi Internet. Lelaki itu konon akan berkahwin selepas wang yang mahu dilaburkan dalam perniagaan jongkong emas bernilai jutaan ringgit dipindahkan kepada wanita berkenaan.


“Ini yang kita risaukan kerana wanita terlalu cepat tertipu. Semua kegiatan Awang Hitam yang sudah dibongkar sepatutnya dijadikan iktibar supaya tiada lagi wanita tempatan tidak kira bangsa apapun terperangkap dengan tipu helah mereka,” katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, susulan kes berkenaan, beliau menasihatkan orang ramai khususnya wanita berhati-hati ketika berurusan dengan warga Afrika walau dalam apa keadaan sekalipun.

Sementara itu, Pakar Motivasi, Prof Izzi Ali menasihatkan wanita di negara ini tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan limpahan kemewahan ditawarkan Awang Hitam berikutan punca wang itu masih belum jelas.


“Selidik dulu latar belakang mereka, jangan terlalu percaya dengan apa yang mereka katakan walaupun secara lahiriah ia nampak betul. Paling penting, berpegang pada agama supaya diri tidak mudah tergelincir lebih-lebih lagi ke lembah maksiat,” katanya.

gaji 6 ribu tengok onani

Tawar gaji RM6,000 tonton aksi pelik


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAJANG: Gaji lumayan mencecah RM6,000 sebulan, sebuah kereta dan perbelanjaan harian ditanggung antara taktik penipuan digunakan seorang lelaki untuk memperdaya mangsanya.
Bakal pekerjanya hanya perlu menjadi teman membeli-belah dan paling mengejutkan perlu menonton aksi onaninya.

Penipuan berkenaan didedahkan seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rubi, 21, yang mendakwa didatangi lelaki ‘gila’ itu pertengahan November lalu sewaktu ingin membuat pembayaran tempat letak kereta di bandar Kajang.
Katanya, dia didatangi seorang lelaki berusia 40-an memperkenalkan dirinya sebagai Riduan, pemilik sebuah syarikat membekal perkhidmatan pekerja asing.

“Lelaki berkenaan memberitahu syarikatnya mencari pekerja dengan menawarkan gaji lumayan selain pelbagai insentif menarik.

“Pada mulanya, dia menawarkan kerja sebagai kerani dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan,” katanya. Rubi berkata, dia pada mulanya berminat selain tugas diberikan boleh disiapkan di rumah tanpa perlu ke pejabat.

Menurutnya, melihat dia mula menunjukkan minat, lelaki berkenaan menambah gaji RM6,000 sebulan sebagai pembantu peribadi.

“Saya hanya perlu menemaninya membeli-belah selain menjadi teman untuk dia berbual. Namun, lelaki berkenaan mula bersikap pelik apabila memaklumkan saya perlu menemaninya melakukan onani,” katanya.
“Permintaan pelik lelaki berkenaan menyebabkan saya takut jika lelaki berkenaan bertindak lebih jauh dan membahayakan keselamatan,” katanya.

Katanya, melihat dari penampilan, lelaki terbabit tidak menampakkan imej sebagai seorang ahli korporat dan mungkin mempunyai agenda tersembunyi terutamanya kepada golongan wanita.

Bimbangkan keselamatan diri dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan, Rubi kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Sunday, December 25, 2011

hantu kak limah

Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah
Oleh : Mohd Azlim Zainury
Tarikh : December 25, 2011
Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah
MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

Friday, December 23, 2011

dirakam cctv

CCTV rakam pencuri tabung
Oleh : SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
Tarikh : December 22, 2011
CURI TABUNG MASJID
TASEK – Pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid As-Syarifah Kampung Tasek di sini, mahu pihak polis segera memberkas dua lelaki yang disyaki terlibat mencuri tabung masjid di masjid berkenaan, Jumaat lalu.

Setiausaha masjid berkenaan, Abdul Rashid Din berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berkenaan dipercayai berlaku sekitar 3.30 petang.

Menurutnya, kejadian tersebut juga telah mengakibatkan pihak masjid mengalami kerugian sekitar RM800 hasil daripada kutipan tabung Jumaat pada hari berkenaan.

“Ini bukan kejadian pertama. Dahulu ketika jemaah hendak melaksanakan solat Subuh mereka ternampak tali yang digunakan untuk ‘mengait’ tabung masjid berkenaan dari tingkap.

“Bagaimanapun, kali ini saya harap pihak polis dapat bertindak segera bagi menangani masalah ini. Sebagai makluman, laporan juga telah kami buat di balai polis berhampiran (Balai Polis Kampung Tawas) berserta dengan salinan rakaman CCTV bagi memudahkan lagi siasatan pihak polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Abdul Rashid menafikan bahawa imej pada rakaman CCTV itu merujuk kepada lelaki warga kampung berkenaan.

Katanya, dua lelaki berkenaan mungkin datang dari luar kampung dan bertindak menceroboh ke dalam masjid bagi tujuan mencuri.

“Saya sendiri tidak mengenali mereka ini, termasuk penduduk kampung ketika melihat rakaman CCTV tersebut.

“Apa pun, saya berharap agar perkara ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan bantuan pihak polis,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika dihubungi pihak polis berkata, mereka ada menerima laporan serta salinan CCTV berhubung kejadian berkenaan dan tindakan lanjut bakal dilaksanakan bagi mengenal pasti kedua-dua lelaki yang disyaki pencuri tabung masjid berkenaan.

ikan gigi manusia

Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 22, 2011
Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia
ALOR SETAR - Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.

Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.

Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.

“Sasaran kami ialah untuk memancing ikan haruan dan berbekalkan umpan katak, kami berjaya menaikkan kira-kira 10 ikan haruan.

“Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang memiliki gigi seakan-akan gigi manusia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Ghafar berkata, ikan ganjil itu dipancing anak saudaranya, Farizul malah ia yang paling awal menyambar umpan.

“Pada mulanya kami menyangka ia adalah ikan lampam namun kulitnya pada bahagian dada berwarna kemerah-merahan, malah sisiknya juga halus.

“Sebaik tiba di rumah, ikan itu disiang dan digoreng. Saya dan adik-beradik yang lain menjamah hidangan itu walaupun pada mulanya timbul rasa takut kalau-kalau ada kesan sampingan,” katanya.

Menurutnya, rasa isi ikan seberat hampir 600 gram itu sangat manis dan sedap, malah tiada alahan mahupun kesan sampingan yang dirasai mereka sekeluarga.

“Rasa isinya seakan-akan isi ikan kaloi tetapi lebih sedap,” katanya.

Thursday, December 22, 2011

alamak silap sunat

Silap potong!

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MALANG...penduduk kampung menziarahi  Mohd Iskandar (tengah) dan Mohd Shah selepas menyertai program berkhatan November lalu.
MALANG...penduduk kampung menziarahi Mohd Iskandar (tengah) dan Mohd Shah selepas menyertai program berkhatan November lalu.
JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.
Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.

“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.
“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.

Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

wanita malaysia kena tipu saja

Ditipu Awang Hitam rugi RM235,000

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Seorang guru hari ini tampil mendakwa menjadi mangsa terbaru cinta siber yang didalangi warga Afrika yang dikenalinya dari sebuah laman web mencari jodoh sejak Julai lalu, sehingga mengakibatkan mangsa kerugian RM235,000.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Margaret, 41, berkata, dia mengenali teman lelakinya itu yang mengunakan nama Jevin Joe Brown dan bekerja sebagai jurutera kimia di Kemaman, Terengganu.

Sepanjang perkenalannya, katanya, Kevin sering menggunakan kata-kata indah dan kasih sayang selain berjanji untuk mengahwininya.

"Bagaimanapun, bermula September lalu, Kevin yang bekerja secara kontrak dengan syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mula menghadapi masalah kewangan.

"Dia memerlukan sejumlah wang untuk membeli peralatan bagi projek yang dijalankan. Walaupun tidak pernah bertemu Kevin, tetapi saya setuju untuk meminjamkannya wang," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, hari ini.

Hadir sama, ketua biro tersebut, Datuk Michael Chong.

Katanya, dia kemudian menyerahkan wang simpanan peribadinya sebanyak RM70,000, malah sanggup melakukan pinjaman bank sebanyak RM150,000 serta berhutang RM15,000 lagi untuk diserahkan kepada kekasihnya itu.

Menurut Margaret, kesemua wang tersebut dimasukkan dengan membuat beberapa transaksi ke dalam tiga akaun berbeza yang kesemuanya milik warga tempatan.

Jelas Margaret, dia hanya mengetahui ditipu setelah lelaki itu tidak menemuinya setelah berjanji akan berjumpanya di sebuah hotel di Kemaman.

"Dia tidak datang walaupun beberapa kali dihubungi dan diugut. Selepas itu dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu bahawa dia sesat dan berjanji mahu bertemu esok di sebuah bank di situ untuk mengembalikan wang saya.

"Bagaimanapun, dia tidak datang dan barulah saya tahu saya jadi mangsa kepada lelaki berkulit hitam itu," katanya yang membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ampang pada 6 September lalu.

Wednesday, December 21, 2011

dalam kangkung ada lintah ke dari blog daridapur kjee

27. bahayanya kangkung
korang suka makan kangkung? hah korang bacalah kata bawah ni. kjee saja nak bagi korang insaf. sejak baca ni, kjee jarang2 makan dah. dah tiga tahun kot. tapi malam tu masa makan seafood kat carey island, kjee teringin lalu order. tapi dalam hati Tuhan jer yang tahu. layannnn...

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,

kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,

Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,

Tuesday, December 20, 2011

silap buat ke buat silap

Ada P tapi kena saman
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 17, 2011
ada p
TAIPING – Saman masih lagi dikeluarkan walaupun seorang remaja di sini, mendakwa mempamerkan tanda P, pada kenderaan di bahagian hadapan dan belakang.

Mangsa, Cheah Fuei Hoon, 18, berkata, sebelum itu, dia terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Tekah, Aulong, di sini apabila kenderaannya dirempuh sebuah motosikal dari arah sama.

Menurutnya, ketika kejadian, lampu isyarat sudah menunjukkan tanda hijau, dia kemudiannya membelok ke kanan jalan sebelum sebuah motosikal dari belakang tiba-tiba menyelit lalu merempuh pintu belakang sebelah kanan.

“Akibatnya, pintu kereta saya kemik manakala tingkap bahagian sama turut pecah.

“Bagaimanapun saya tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kereta saya mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini baru-baru ini.

Fuei Hoon berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang ketika dia mahu pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Selepas kejadian, saya dipersalahkan dan dikatakan tidak mempamerkan lesen P pada kenderaan di bahagian hadapan dan belakang,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wang berkata, kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana saman seharusnya dikeluarkan jika berlaku kecuaian pemandu.

“Polis boleh menyaman sekiranya laluan ini tidak boleh masuk atau kenderaan itu mengalami masalah brek,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, masalah itu telah dibincangkan dengan pihak polis dan saman yang dikeluarkan kepada Fuei Hoon dibatalkan.

naik ambulan kena rogol

 sambungan cerita bejana darah
 
Tersandar di hotel bajet
Oleh : SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Tarikh : December 19, 2011
Tersandar di hotel bajet
BANDARAYA MELAKA - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditemui tersandar di dinding sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, di sini dalam keadaan berdarah, petang kelmarin.

Mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun selepas kedua-duanya dikesan mendaftar masuk ke hotel berkenaan yang terletak di belakang sebuah stesyen minyak, kira-kira 6.30 petang.

Menurut sumber, lelaki dikenali mangsa itu sejak dua tahun lalu dilihat berlari keluar dari hotel berkenaan sebelum mangsa juga keluar dalam keadaan menangis selang beberapa minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pelajar berkenaan ditemui anggota polis yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan bersandar di dinding hotel tersebut.

“Ketika ditemui kira-kira 7 petang, terdapat darah di bahagian bawah pakaian mangsa menyebabkan anggota polis segera menghubungi ambulans untuk dibawa ke Hospital Melaka, di sini bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa sebelum kejadian keluar bersama tiga lagi rakan yang lain sebelum rakan-rakannya ke tempat lain dan dia menemui suspek,” katanya.

Menurut Raja Shahrom, mangsa dipercayai panik berikutan kejadian menimpanya, selain mengalami pendarahan dan kini masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.

“Kami belum lagi dapat meneruskan siasatan beriku-tan mangsa yang berada di hospital masih trauma dan siasatan diteruskan sebaik saja keadaannya kembali stabil.

“Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

sakit mata bagi ubat sakit telinga

‘Mata terbakar’
Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEORGETOWN: “Selepas ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya, dia menggelupur kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar,” kata Noorliza Abd Razak, 34, yang panik dan terkejut selepas menitiskan ubat untuk merawat mata anaknya dalam kejadian Selasa lalu.

Ibu kepada Nurqistina Qalysha Azmi, 3, itu berkata, anaknya terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam selepas menggunakan ubat merawat sakit mata yang diambil dari Hospital Pulau Pinang (HPP), 12 Disember lalu.


Noorliza berkata, anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakit itu masih berlanjutan.

Dia membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan di Bayan Baru sebelum mendapat surat rujukan ke HPP dan dirawat seorang doktor wanita sebagai pesakit luar.


“Selepas mendapat surat rujukan daripada doktor di klinik berkenaan, saya terus ke HPP dan menerima rawatan pesakit luar daripada seorang doktor wanita.


“Anak saya diberikan ubat titis dari kaunter farmasi dan pulang ke rumah.

“Sehari kemudian, ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya dan saya panik Nurqistina menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di Jalan Bharu, Balik Pulau, semalam.


Noorliza merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi HPP, namun diberitahu ubat itu bagi merawat sakit telinga.

“Petugas berkenaan juga berkata, kekuatan ubat itu 10 kali ganda dari ubat biasa sebelum saya menemui seorang lagi doktor di HPP bagi mendapatkan penjelasan.


“Doktor berkenaan berkata label ubat itu mungkin salah dilekatkan, namun selepas beberapa soalan diajukan, doktor itu mengaku ubat terbabit tidak sepatutnya diberikan kepada anak saya,” katanya.


Noorliza berkata, dia terkilan kerana doktor berkenaan menasihatinya supaya tidak membawa anaknya merujuk kepada pakar selain tidak memberi jaminan mengenai akibat yang akan ditanggung anaknya kemudian hari.


“Saya mahu doktor berkenaan memberi penjelasan mengenai kejadian itu serta berharap warga HPP lebih cekap menguruskan ubat pesakit,” katanya.


Sementara itu, Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman ketika dihubungi berkata, pengadu berkenaan perlu membuat aduan di HPP bagi memudahkan siasatan.


“Bagi kes ini, butir pengadu akan diambil selain perlu membawa bersama ubat yang diberikan doktor terbabit,” katanya.

dua bini pun mati tergantung

Lelaki beristeri dua mati tergantung

PULAU PINANG 19 Dis. - Seorang peniaga yang baru berkahwin dengan isteri keduanya, September lalu, ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam bilik rumahnya di Jalan Delima, di sini malam tadi.

Mangsa ditemui oleh ahli keluarganya dalam keadaan tergantung dengan tali ketika mereka pulang ke rumah, pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihak polis akan menyiasat perkara itu daripada pelbagai aspek.

Katanya, ini termasuk masalah keluarga atau kemelut kewangan yang berkemungkinan dialami mangsa.

budak pandu bas

Budak pandu bas ditahan

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my

RASAH 19 Dis. - Penduduk Taman Rasa Sayang di Senawang dekat sini gempar selepas sebuah bas kilang yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 13 tahun tiba-tiba merempuh enam buah kereta diletakkan di taman perumahan itu, tengah malam tadi.

Penduduk, Zulkifli Muhammad, 44, memberitahu, kejadian berlaku pukul 12 tengah malam ketika dia berada di sebuah masjid berhampiran sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

Sebaik sahaja menjenguk keluar, katanya, dia terkejut apabila melihat sebuah bas dipandu dalam keadaan terhuyung-hayang sambil dikejar beberapa penduduk.

"Saya terkejut melihat bas itu melanggar beberapa buah kereta yang diletakkan di bahu jalan. Saya juga melihat beberapa penduduk mengejar bas berkenaan dan menyuruh pemandunya berhenti," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dia turut mengejar bas itu sebelum kenderaan tersebut berhenti di satu kawasan rumah kedai yang dalam pembinaan, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Saya kemudian melihat beberapa penduduk mengheret remaja itu yang dipercayai berasal dari Senawang, keluar dari bas sebelum menyerahkan kepada polis," jelasnya.

Difahamkan, bas berkenaan diletakkan di taman perumahan berkenaan dan pemandunya terlupa untuk mengambil kunci kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, remaja berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kita masih lagi menyiasat punca remaja itu memandu kenderaan terbabit dan kita juga akan mengambil keterangan pemilik bas serta pemilik kereta terlibat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 kerana mencuri kenderaan," katanya.

Monday, December 19, 2011

berlari ke balai polis

Lari 1 kilometer ke balai polis
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 17, 2011
mohd-sabri
JEMPOL - Seorang lelaki berusia ­dalam lingkungan 30-an terpaksa melarikan diri dalam kesakitan ­setelah dia dipukul dekat sebuah bengkel di Bandar Seri Jempol, 14 Disember lalu.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi itu turut menyebabkan ­lelaki itu berlari hampir satu ­ kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk menyelamatkan diri selepas dipukul suspek.

Ketua Polis daerah, Superinten-dan Mohd Sabri Muhamad berkata, ­sebelum itu mangsa dikatakan ­menghantar lori rakannya ke bengkel berkenaan untuk dibaiki.

Menurutnya, ketika sedang menunggu kenderaan itu dibaiki oleh pekerja bengkel berkenaan, tiba-tiba seorang lelaki berusia 50 tahun datang dari arah belakang lalu memukul mangsa menggunakan penyodok besi yang terdapat di bengkel itu.

“Mangsa dipercayai tidak dapat mempertahankan dirinya akibat ­pukulan secara bertubi-tubi di badan.

“Namun, dia sempat menyelamatkan diri dan berlari ke balai polis,” katanya ketika mengesahkan ­ kejadian itu, semalam.

Mohd Sabri berkata, mangsa ­kemudiannya terus membuat ­laporan polis manakala suspek telah ditahan pada hari sama kira-kira 5 petang di Felda Wilayah Raja Alias untuk siasatan lanjut.

“Seorang lelaki lain yang melihat kejadian itu juga tidak sempat ­membantu mangsa sebelum ­melarikan diri.

“Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Jempol akibat kecederaan di ­ bahagian depan dan belakang badannya ­sementara suspek disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan ­kerana menyebabkan kecederaan.” katanya kepada Sinar Harian.

dirogol sampai bejana darah

Tangisan mangsa noda
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.

Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.


Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.

Sunday, December 18, 2011

bawak balik troli sekali...

Warga asing bawa pulang troli ke rumah
Oleh : SH UTARA/ SITI AZILA ALIAS
Tarikh : December 16, 2011
warga-asing-bawa-pulang-troli
SEBERANG JAYA – Sikap warga asing yang membawa pulang troli selepas membeli-belah dari sebuah pasar raya besar, dekat sini, mencacatkan imej sekitar kawasan Semilang.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Semilang, Omar Abdullah berkata, lebih 50 troli dilihat berada di merata-rata tempat, bukan sahaja di kawasan perumahan, parit, tepi jalan, malah ada juga yang dibuang di dalam sungai.
Menurutnya, lambakan troli itu mengundang pelbagai masalah, terutama gangguan lalu lintas, selain aliran sungai tersekat.
“Saya kesal kerana troli itu diletakkan sesuka hati di merata tempat, lebih parah yang dibuang ke dalam sungai. Tidak kurang lima troli ada dalam sungai. Keadaan itu menyebabkan sampah tersangkut dan air tidak dapat mengalir. Ia boleh mengundang banjir.
“Masalah ini sudah lama tetapi makin menjadi-jadi sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini pihak pasar raya mengutip semula troli yang bersepah ini, tetapi lama-kelamaan mereka biarkan sahaja sebab terlalu banyak dan tidak terkawal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Omar berkata, ada juga troli yang ditukar fungsinya dan digunakan sebagai ampaian untuk menyidai pakaian.
Beliau dalam pada itu berkata, ada pihak turut mengambil kesempatan menjual troli ke premis barangan lusuh demi mengaut keuntungan peribadi.
Katanya, perbuatan itu didakwa sering dilakukan pada waktu malam ketika jalan sunyi.
“Mereka akan kumpul troli itu di satu tempat, dan lori akan datang mengambilnya lalu dibawa untuk dijual,” katanya.
Justeru, beliau yang mewakili penduduk meminta pihak pasar raya supaya memantau masalah itu demi kepentingan bersama.
Pada masa sama, beliau mencadangkan pengawal keselamatan ditempatkan di setiap pintu keluar pasar raya agar troli tersebut tidak dibawa keluar sewenangnya.

Saturday, December 17, 2011

gambar langsuir dah dapat

Langsuir bertenggek dirakam
Oleh : SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
Tarikh : December 17, 2011
langsuir
HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.

Friday, December 16, 2011

jual insuran kena pukul

Dipukul suami salah faham
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Gara-gara salah faham, seorang penjual insurans terpaksa menanggung malu apabila dipukul seorang suami kepada pelanggannya di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 24 tahun menyapa seorang wanita bersama anaknya yang sedang membeli-belah untuk memperkenalkan pakej insurans dijualnya.

Menurut sumber, dia kemudian meminta wanita terbabit memberi peluang beberapa minit kepadanya untuk menerangkan mengenai insurans itu.

“Selepas beberapa minit berbincang, mangsa meminta wanita terbabit meninggalkan nombor telefon bimbit supaya mereka dapat berbincang lagi di lain kali selepas wanita itu berminat untuk menyertainya.


“Selepas memberikan nombornya, wanita terbabit terus beredar, namun kejadian itu disedari suami wanita itu yang menyangka mangsa cuba memikat isterinya,” katanya.

Thursday, December 15, 2011

nak sebat tanggal seluar

Ibu dakwa anak mangsa dera sekolah swasta
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 15, 2011
Dera
PETALING JAYA – Seorang ibu mendakwa anaknya didera secara fizikal dan mental oleh tenaga pengajar sebuah sekolah swasta di ibu kota. Menurut ibu pelajar yang dikenali sebagai Choo, akibat terlalu tertekan didera anaknya terjun di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan pada 21 Oktober yang lalu.

“Ketika kejadian guru itu sedang hubungi saya menggunakan telefon untuk memaklumkan bahawa anak saya menipu ketika peperiksaan,”katanya.
Katanya, akibat kejadian itu anaknya patah tangan selain mengalami kecederaan pada hatinya dan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Selepas beberapa hari terlantar anak saya sedar dan menceritakan keadaan ketika belajar 40 hari di sekolah berkenaan.

“Anak saya turut menceritakan bagaimana dirinya pernah dibogelkan tiga kali gara-gara tidak membuat kerja sekolah malah dia mengakui disebat di punggung tanpa berseluar setiap kali melakukan kesalahan,”katanya pada sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Selangor semalam.

“Bila saya jumpa dan bertanya tentang kejadian, guru terbabit memaklumkan ianya adalah prosedur biasa untuk mendisiplinkan pelajar di situ dan dia juga langsung tidak minta maaf atas apa yang berlaku.

Difahamkan terdapat kira-kira 80 pelajar di situ turut dikenakan tindakan yang sama jsekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan.
Tidak berpuas hati dengan penerangan diberikan beliau membuat laporan di Balai Polis Sentul.

Jelasnya hanya selepas laporan polis dibuat barulah pentadbiran sekolah tersebut menghubungi dan meminta maaf kepadanya.

“Apa yang kami dapat tahu selepas pemeriksaan dibuat, sekolah itu beroperasi dengan menggunakan lesen syarikat tetapi tiada kebenaran dan masih di dalam proses permohonan kebenaran dari pihak berkuasa,"katanya.

wajah misteri

Terkejut rakam wajah misteri
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 15, 2011
Terkejut rakam wajah misteri
LANGGAR - Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

jampi rambut jadi berahi

Jampi rambut kekasih

Oleh Muhammad Saufi Hassan, Mohd Hafizee Mohd Arop dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.


Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.

Wednesday, December 14, 2011

buang kuku 2 ratus lebih

Siasat buang kuku RM251

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan akan menyiasat dengan terperinci aduan berhubung sebuah klinik yang mengenakan bayaran RM251 kepada seorang pesakit yang mendapatkan rawatan membuang kuku rosak.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam berkata, KKM akan menghubungi pengadu dan klinik terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Seorang wanita dilaporkan dikenakan caj RM251 hanya untuk menerima rawatan membuang kuku rosak dan pembersihan yang memakan masa 15 minit di sebuah klinik swasta di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Dr Hasan, KKM menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan Peraturan-Peraturannya sejak 1 Mei 2006 yang turut memperuntukkan kuasa menteri untuk mengawal fi yang dikenakan.


Katanya, setiap pemegang perakuan pendaftaran bagi klinik swasta perlu mengambil langkah munasabah bagi memastikan pesakit diberikan maklumat yang mencukupi termasuk tatacara yang dicadangkan dan anggaran kos yang dikenakan.

kl banjir

Penduduk terkejut

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SESAK...banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak, semalam.
SESAK...banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Tun Razak, semalam.
KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama dua jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu kota dinaiki air sedalam 0.5 hingga tiga meter.
Antara kawasan terjejas Jalan Tun Razak, Kampung Baru dan Jalan Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas teruk hingga jam 8 malam.

Di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 30 rumah dinaiki air menyebabkan penduduknya kelam-kabut mengalihkan barangan berharga ke tempat selamat.
Mangsa, Khalili Yunus, 46, yang berniaga sendiri berkata, dia terkejut apabila melihat rumah diduduki sejak 15 tahun lalu dinaiki air buat pertama kali dalam masa tidak sampai dua jam.

“Ketika tiba di rumah jam 5 petang, saya lihat rumah mula dinaiki air separas satu meter.

“Tujuh anak saya yang berada dalam rumah hanya mampu menangis melihat paras air semakin naik. Saya segera mengarahkan mereka ke tempat lebih selamat sebelum mengangkat barangan berharga ke tempat lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, akibat banjir itu, dia mengalami kerugian apabila beberapa perabot termasuk televisyen rosak.

Jurugambar NSTP, Yusni Ariffin, 36, yang turut menjadi mangsa banjir berkata, rumahnya dinaiki air sedalam 0.5 meter.
Katanya, punca air naik dengan cepat disebabkan longkang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat dan melimpah ke rumah penduduk.

“Saya mahu pihak berkenaan membuat pemantauan ke atas sistem perparitan di kawasan ini kerana ia mengancam nyawa dan harta benda penduduk,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, dalam kejadian banjir di Jalan Semarak, pihaknya memindahkan 23 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga sembilan tahun serta tiga guru sebuah taska di kawasan itu yang dinaiki air.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan bot bagi menyelamatkan semua mangsa kerana keadaan air dari Sungai Bonus melimpahi tebing hingga mencecah 1.5 meter.

“Selepas selesai memindahkan semua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu,” katanya.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial