Wednesday, December 7, 2011

wanita menyamar lelaki

Wanita menyamar lelaki untuk nikah dipenjara 2 tahun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JAKARTA: Seorang wanita yang menyamar sebagai lelaki dan memperdaya seorang wanita lain dengan berjanji untuk berkahwin dengannya, semalam dijatuhi hukuman penjara dua tahun.

Joni Nunas Lestari, 31, dikenakan hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Sungginasa, Gowa, Sulawesi Selatan selepas didapati bersalah menipu Nur Aslim Velayati, 22.


Mahkamah berkenaan juga menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap rakan Joni, Waode Nirmalasari, 30, kerana bersubahat untuk memperdaya mangsa.

“Tertuduh dikenakan hukuman ringan kerana mereka berjanji untuk tidak lagi merahsiakan identiti mereka sebagai wanita,” kata Ketua Panel Hakim, Abdul Rahman Hakim ketika menjatuhkan hukuman itu.


Nur sebelum itu memberitahu mahkamah, dia hanya mengetahui Joni adalah wanita selepas ‘kekasihnya itu’ menetap di rumah ibu bapanya selama sebulan, sebelum mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada pertengahan Oktober lalu.


“Saya mengenali Joni menerusi telefon. Kami berpacaran selama dua minggu,” kata Nur.

Bagaimanapun, keluarganya mengesyaki sesuatu tidak kena pada Joni. “Dia tidak pernah menanggalkan bajunya selepas mandi. Tingkah laku dan wajahnya juga mencetuskan keraguan,” kata mangsa.


Nur berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian kerana sudah berbelanja untuk kenduri kahwin itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment