Thursday, April 19, 2012

alat jimat tapi xjimat pun

ARKIB : 18/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Jangan tertipu tawaran jualan alat jimat elektrik

KEPALA BATAS 17 April - Suruhanjaya Tenaga mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan tawaran jualan alat penjimatan elektrik yang terdapat di pasaran.

Ketua Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Ir. Md. Zakuan Ibrahim berkata, alat yang dijual pada harga antara RM200 hingga RM400 sebuah itu sebenarnya tidak memberikan penjimatan elektrik seperti didakwa.

"Ada penjual yang mendakwa alat ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah sehingga 40 peratus.

"Namun, hasil kajian kita mendapati ia hanya berupaya memberi penjimatan di antara satu hingga lima peratus. Justeru itu, ia tidak berbaloi dengan harga jualannya," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan semasa sesi dialog bersama masyarakat anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.

Md. Zakuan memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua pembekal peralatan tersebut agar tidak lagi menjualnya kepada orang ramai.

Katanya, mereka yang masih berdegil boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan menipu.

"Kita juga akan membuat pemantauan dan pemeriksaan bersama penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan alatan tersebut tidak lagi dijual di pasaran," ujarnya.

No comments:

Post a Comment