Monday, April 16, 2012

dapat rumah

7,000 terima surat tawaran

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANGGA...Raja Nong Chik (tengah) bersama sebahagian pelajar cemerlang Wilayah Persekutuan, semalam.
BANGGA...Raja Nong Chik (tengah) bersama sebahagian pelajar cemerlang Wilayah Persekutuan, semalam.
KUALA LUMPUR: Semua 7,000 penyewa perumahan awam di ibu negara yang bersetuju menerima tawaran pembelian rumah di bawah Skim Pembiayaan Khas Penjualan Rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA-DBKL) menerima surat tawaran pembelian bermula hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya akan memastikan tidak berlaku penangguhan berkaitan pemberian surat tawaran itu.

Menurutnya, surat tawaran berkenaan diberi secara berperingkat hingga semua pembeli menerimanya sebelum pengumuman bagi projek Fasa 2 dibuat.
Katanya, skim pembiayaan itu membolehkan pembeli menjelaskan ansuran pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang menawarkan kadar faedah rendah.

“Skim berkenaan memerlukan banyak proses sebelum diluluskan dan tidak berlaku sebarang penangguhan. Semuanya sudah selesai dan pembeli akan menerima surat tawaran secara berperingkat,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Wilayah Persekutuan 2011 anjuran YWP di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif YWP, Datuk Mohd Idris Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Hassan.

Sementara itu, Mohd Idris berkata, 320 pelajar dari Wilayah Persekutuan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima insentif tunai serta sijil penghargaan.

Menurutnya, YWP memperuntukkan RM60,000 untuk anugerah berkenaan dan berkemungkinan menambah peruntukan pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment