Wednesday, April 18, 2012

plat mahal

ARKIB : 17/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 9
Plat “WWW” bakal catat bidaan tertinggi
17/04/2012 3:25pm

PUTRAJAYA 17 April – Pembidaan nombor kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Katanya, setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah “MCA 1” yang dijual dengan harga RM300,100.

"Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima

“WWW” akan mencapai harga jualan yang paling tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Perhimpunan Bulalan Kementerian itu di sini hari ini.

Katanya, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei.

Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment