Dijel angkara cincin nafsu
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUANTAN: Seorang buruh yang didakwa memukul isterinya menggunakan jag air plastik hingga cedera gara-gara wanita itu menolak permintaan untuk mengadakan hubungan seks menggunakan cincin penambat zakar dipenjara empat bulan kerana gagal membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Shahadan Norham, 50, dari Batu 7, Jalan Gambang, di sini, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya berusia 55 tahun dengan menghentak jag air plastik mengandungi ais di kepala wanita berkenaan di rumah mereka, jam 5 petang, 28 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan mangsa yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000.
Shahadan didakwa di mahkamah sama kali pertama pada 1 Jun lalu, tetapi tidak mengaku bersalah dan dikenakan ikat jamin RM2,000. Namun, tertuduh tidak membayar wang jaminan itu dan dihantar ke Penjara Penor sehingga kesnya disebut semula semalam.
Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengaku bersalah selepas kesnya disebut semula di depan Majistret Nordiana Abdul Aziz, manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Azman Ariffin.
Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500, tetapi dia gagal membayar wang itu dan dihantar semula ke penjara.
Akhbar ini pada 4 Jun lalu melaporkan seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu kerana didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalinkan hubungan kelamin.
Wanita terbabit mendakwa suaminya menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri yang diperbuat daripada pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah dan kepala jarum peniti.
Akibat tidak tahan menanggung penderitaan, wanita itu kemudian membuat tiga laporan di Balai Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu, selepas tertuduh mengetuk kepalanya dengan jag.
No comments:
Post a Comment