Saturday, February 4, 2012

JANGAN TOLONG orang sebarangan

Hasrat mahu tolong bawa padah
Wartawan Sinar Harian
4 Februari 2012
Hasrat mahu tolong bawa padah
SLOW MACHANG – Tindakan mempercayai lelaki tidak dikenali membawa padah, apabila dia hampir dirompak, pada jam 6 petang, kelmarin.

Mangsa, Mohd Ridzwan Mohd Nor, 39, berkata, dia tidak menyangka, tindakannya mahu membantu disalahgunakan lelaki berkenaan­ malah mempunyai niat jahat terhadapnya.

Menurutnya, tindakannya menumpangkan lelaki berusia dalam lingkungan 20-an, hampir meragut nyawanya.

Ridzwan berkata, dia ditegur oleh suspek berdekatan bank di bandar Pasir Mas dan suspek meminta untuk menghantarnya ke Kampung Tanjong Chenak, Bunut Susu.

“Pada mulanya saya enggan menolongnya, kerana saya lihat dia seperti berkhayal malah cara dia bertutur juga tidak lancar. Saya terpaksa akur, kerana dia menahan motosikal dan tidak membenarkan saya meneruskan perjalanan,” katanya, semalam.

Ridzwan berkata, setibanya di Masjid Slow Machang, suspek mula meracau dan memintanya untuk menukar tempat duduk malah membenarkan suspek untuk membawa motosikal sehingga ke destinasi.

Menurutnya, dia mula mengesyaki sesuatu, apabila suspek memberhentikan motosikal dan menyuruh saya untuk mengikutnya sehingga ke belakang bangunan.

“Saya ikut dia separuh jalan, namun selepas saya lihat terdapat beberapa lelaki tidak dikenali, saya lari ke arah motosikal dan meminta pertolongan daripada penduduk setempat.

“Mujur ketika itu, ramai penduduk Kampung Bechah Cenerong bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat Maghrib dan mereka menahan suspek,” katanya.

Suspek berjaya diberkas oleh penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis, bagi membantu siasatan.

“Saya menasihati orang ramai­, supaya tidak mudah mempercayai individu tidak dikenali kerana mereka mungkin mempunyai niat jahat,” katanya.

No comments:

Post a Comment