Monday, February 20, 2012

pasal air pun melayu gaduh

Gara-gara air banjir lelaki dipenjara sebulan

KOTA BHARU 19 Feb. - Seorang pekerja kedai dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memukul sepupunya yang merempuh takungan air sehingga melimpah masuk ke dalam rumahnya di Kubang Kerian November lalu.

Mohd. Iruan Nordin, 25, mengaku bersalah mencederakan belakang kepala sepupunya, Anwar Rashidi Rameli, 34, sehingga luka pada pukul 4 petang, 22 November lalu di Lot 733, Jalan Masjid Baung Bayam, Kubang Kerian, di sini.

Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly sebelum menjatuhkan hukuman bertanya kepada Muhd. Iruan mengapa dia mencederakan sepupunya.

Mohd. Iruan hanya menjawab ringkas ia berpunca daripada salah faham.

"Puncanya disebabkan air banjir masuk ke dalam rumah saya. Saya tegur dia selepas itu dia serang," dakwanya.

Difahamkan, tertuduh dan mangsa tinggal di rumah bersebelahan.

Mohd. Fazaly Ali menjatuhkan hukuman penjara sebulan itu berkuat kuasa dari tarikh disabitkan iaitu semalam.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment