Friday, September 23, 2011

kail tabung masjid


‘Kail’ duit masjid
Oleh Ahmad Ismail
metrojb@yahoo.com
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CURI ...Koperal Abd Kassim Aboo (tiga dari kiri) bersama Mohamad Syafiq (dua dari kanan) menunjukkan tabung yang duitnya dicuri.
CURI ...Koperal Abd Kassim Aboo (tiga dari kiri) bersama Mohamad Syafiq (dua dari kanan) menunjukkan tabung yang duitnya dicuri.

SEGAMAT: Seorang penganggur membuat helah mahu melakukan Qiamullail bagi membolehkannya bermalam di Masjid Jamek Chaah di sini, tetapi misi sebenarnya ialah mencuri wang daripada dua tabung rumah ibadat berkenaan.

Sebelum kejadian 15 September lalu, jemaah di masjid berkenaan merungut kerana jumlah kutipan tabung masjid berkurangan sedangkan setiap bulan, ia mampu mengumpul sumbangan mencecah RM3,000.


Bagaimanapun, misteri itu terbongkar selepas suspek berusia 19 tahun ditahan pada jam 12.15 tengah hari ketika sibuk mencuri wang di satu daripada tabung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, sehari sebelum kejadian, ada jemaah memaklumkan suspek dilihat tidur di dalam masjid dan memaklumkan mahu melakukan ibadat itu.


“Jemaah masjid berkenaan meminta remaja terbabit bermalam di lokasi lain, tetapi dia enggan.


“Keesokan harinya, beberapa jemaah masjid datang ke sana bersama seorang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk meninjau persiapan akhir tahlil yang akan diadakan pada malam itu dan mendapati sebuah Proton Satria berwarna merah diletak di pekarangan masjid,” katanya, semalam.

Menurut Mohamad, anggotanya itu yang tidak sedap hati melakukan pemeriksaan di sekitar masjid, tetapi gagal menemui pemandu serta penumpang Satria terbabit.


Mohamad berkata, anggotanya kemudian membuka pintu tepi masjid perlahan-lahan dan terlihat seorang lelaki berada ditepi tabung itu.

“Anggota polis berkenaan mengawasi perlakuan remaja terbabit selama lima minit dan mendapati suspek sedang ‘memancing’ wang. Dia turut merampas dawai serta lampu suluh daripada suspek itu.


“Pemeriksaan terhadap suspek turut menemui wang kertas yang dilipat kecil berjumlah RM64 di dalam dompetnya dipercayai hasil curi daripada tabung masjid,” katanya. Menurut Mohamad, suspek berasal dari Kampung Jawa, Chaah ditahan untuk siasatan lanjut.


Sementara itu, imam masjid itu, Mohamad Syafiq, 27, berkata, pihaknya tidak pernah mengunci pintu rumah ibadat berkenaan bagi memudahkan pengunjung beribadat pada bila-bila masa.


“Terdapat dua tabung dan pengiraan jumlah kutipan dibuat setiap Jumaat sebelum ia disimpan di bank oleh bendahari masjid.


“Kebiasaannya, pungutan bulanan mencecah RM3,000 namun ia berkurangan sejak kebelakangan ini, kami akhirnya mengetahui puncanya selepas lelaki terbabit ditahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment