Kekasih kecewa maut terjun bangunan
SUNGAI BULOH - Gara-gara kecewa selepas mendapat tahu teman wanitanya adalah isteri orang, seorang lelaki warga Vietnam nekad terjun dari tingkat 10 sebuah flat di Kampung Baru Sungai Buloh semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Alam Jaya dikatakan pergi ke flat berkenaan bersama teman wanitanya untuk menemui rakan-rakannya.
Sumber polis berkata, sebelum insiden lelaki terbabit telah meminum minuman keras hingga mabuk dan kemudian terjun melalui balkoni rumah tanpa disedari sesiapa.
“Mayatnya yang hanya berseluar pendek ditemui oleh pengawal keselamatan di tingkat bawah dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah,” katanya.
Siasatan awal mendapati mangsa yang patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri dipercayai mati serta merta akibat kecederaan yang dialaminya.
Mayat mangsa dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian sebagai mati mengejut.
No comments:
Post a Comment