Friday, September 2, 2011

musim ambulan eksiden

Maut temani anak dalam ambulans
Oleh Suraya Roslan dan Noozieyantie 'Alia Adnan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEMAS: “Saya nak pergi hantar anak untuk kali terakhir,” kata Norizah Bujang, 62, kepada suaminya, Ahmad Mohamad, 64, sebelum dia maut apabila ambulans dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Rokan-Kuala Pilah, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih menyayat hati, dalam kejadian jam 8.15 malam itu, ambulans dinaiki mangsa dalam perjalanan menghantar anak kelimanya, Nur Intan Suhana, 30, yang terkena renjatan elektrik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najiha (HTAN), Kuala Pilah. Malangnya terbabas ke dalam parit di tempat kejadian.


Kemalangan itu mengakibatkan Norizah maut di tempat kejadian, manakala Nur Intan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Pemandu ambulans, Norazman Mohd Din, 48, dari Klinik Kesihatan Jelai pula cedera ringan manakala pembantu perubatan, Mustafa Kamal Abu, 48, patah tangan kiri.


Menurut Ahmad, sebelum kejadian, arwah isterinya berkeras mahu menghantar anak mereka ke hospital walaupun dihalang dan diminta tunggu di rumah menjaga cucu.


Katanya, dia tidak menyangka perubahan sikap Norizah sebelum kejadian yang kerap marah tanpa sebab dan kurang bercakap menjadi petanda arwah akan meninggalkannya sekeluarga buat selama-lamanya.

“Arwah asyik memarahi saya tanpa sebab, malah pada hari raya pertama selepas menziarahi pusara anak bongsu, kami bergaduh sehari suntuk.


“Pada hari kejadian, arwah berdegil mahu menghantar anak, katanya untuk kali terakhir. Namun, tak sangka itu kali terakhir kami bertemu sebelum mendapat tahu isteri maut dalam kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Jelai 3, Gemenceh di sini, semalam.

Menurutnya, ambulans berkenaan dalam perjalanan ke HTAN menghantar Nur Intan Suhana yang terkena renjatan elektrik kira-kira jam 6.30 petang kelmarin ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.


Katanya, dia hanya dimaklumkan mengenai kemalangan itu selepas menerima panggilan daripada hospital dan tidak menyangka kemalangan itu meragut nyawa isterinya. “Saya menerima panggilan daripada hospital jam 8.30 malam dan bergegas ke sana. “Apabila tiba di hospital, doktor membawa saya ke bilik mayat. Luluh hati saya melihat jenazah isteri terbaring kaku,” katanya.


Menurutnya, biarpun sedih, dia reda dengan pemergian isterinya dan mengharap anaknya, Nur Intan Suhana yang kini kritikal di HTJ sembuh.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, ambulans terbabit hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam sebelum melanggar tebing pasir dan terbabas ke dalam parit.


No comments:

Post a Comment