Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Tuesday, September 20, 2011
pertemuan kembali
Pertemuan selepas lebih 25 tahun
Oleh NOREHAN SALLEH
utusanktn@gmail.com
BEKAS murid SK Sungai Lembing beramah mesra dengan guru mereka selepas sesi bergambar pada majlis perjumpaan bekas murid sekolah itu di Sungai Lembing, Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN 19 Sept. - Zaman persekolahan sudah tentunya meninggalkan pelbagai kenangan kepada mereka yang melalui detik-detik indah dan pahit ketika itu.
Sebaik sahaja menamatkan persekolahan, ramai antara kita membawa haluan masing-masing sama ada meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, membuka perniagaan dan menyertai sektor awam atau swasta.
Walaupun masa berubah, kenangan bagi mereka pada zaman tersebut sudah semestinya masih segar dalam ingatan.
Justeru, seramai 33 bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lembing di sini bagi 1979 hingga 1984 bertemu kembali dalam suasana penuh ceria pada satu majlis perjumpaan di sini baru-baru ini.
Lebih menyentuh perasaan apabila tiga guru turut hadir sebagai memberi sokongan padu kepada mereka.
Mereka adalah guru Matematik, Jaludin Sudiran dan dua guru bahasa Inggeris, Chen King Lai serta Fauziah Abdul Majid.
Penyelaras program, Khairul Azhan Zainal Abidin, 39, berkata, pertemuan itu akhirnya berjaya mengumpul bekas murid terbabit melalui laman sosial Facebook pada Mei lalu.
Katanya, dia bersama rakan-rakan lain gembira kerana kesemua mereka berkumpul dalam bulan Syawal ini walaupun masing-masing telah bekerja di luar daerah dan di negeri lain.
"Selepas mengumpulkan rakanrakan dalam laman sosial itu pada Mei lalu, kami kemudian membuat keputusan untuk bertemu semula. Dengan itu kami dapat berkongsi suka-duka setelah sekian lama terpisah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurut Khairul, dia tidak menjangka bahawa perjumpaan pertama itu mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada rakan lain apatah lagi ramai yang turut membawa keluarga masing-masing.
"Ketika bertemu, semua kelihatan lain kerana masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai anak serta memiliki kerjaya," kata Khairul Azhan.
Menurutnya, kenangan yang paling tidak dapat dilupakan semasa di sekolah itu dulu, apabila kesemua mereka makan bersama pada waktu rehat di sebuah tasik yang berada di belakang sekolah itu.
"Itu antara kenangan manis kerana kami tidak lagi seperti rakan sekolah, sebaliknya menganggap seperti adik-beradik," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment