Wednesday, August 17, 2011

dirompak laki

Penganggur pecah masuk rumah isteri

KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana didakwa mencuri pelbagai barang daripada rumah milik isterinya sendiri, bulan lalu.

Ahmad Zughairi Mohd. Zuki, 25, dari Taman Indah, Al Muktafi Billah Shah dekat sini hanya menundukkan kepala sambil mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Erman Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Zughairi didakwa telah mencuri pelbagai barangan di rumah Che Wan Munirah Che Wan Aziz, 24, di Kampung Bukit Tunggal di sini antara pukul 4 petang dan 8.30 pagi, 24 Julai lalu.

Antara barangan yang dicuri adalah sebuah televisyen 14 inci berjenama Homax, 20 buah beg galas wanita pelbagai jenis dan satu kotak berisi pakaian wanita.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mohd. Erman kemudian menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes itu di hadapan majistret.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Difahamkan Ahmad Zughairi yang diberkas pada Sabtu lalu, disyaki melakukan perbuatan itu oleh isterinya berdasarkan tindakan lelaki tersebut yang pernah mengugut untuk mencederakannya jika dia tetap dengan pendirian untuk bercerai.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment