13 wanita Islam antara 15 pelacur ditahan ketika tawar khidmat seks pada siang hari
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Bukan sahaja tidak mengambil kesempatan mengisi amal ibadat pada Ramadan ini, malah 13 wanita beragama Islam ini tergamak menawarkan khidmat seks kepada warga asing pada siang hari.
Wanita terbabit adalah antara 15 pelacur yang ditahan dalam operasi Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) kira-kira pukul 12.30 tengah hari di sebuah pusat pelacuran Jalan Silang dekat sini, hari ini.
Menurut Pegawai Turus Cawangan D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa, lokasi pelacuran itu aktif menjalankan perniagaan di siang hari dan menawarkan khidmat kepada warga asing.
Katanya, daripada jumlah itu, sembilan ditahan berasal dari Sabah manakala selebihnya dari Semenanjung termasuk masing-masing seorang Cina dan India.
"Ketika serbuan terdapat 19 pelanggan berusia 30-an melakukan tawar-menawar terdiri daripada warga asing dari Nepal, Myanmar dan Bangladesh.
"Kita juga merampas wang berjumlah RM2,016, dipercayai hasil khidmat seks itu daripada tiga penjaga dan mereka ini turut ditahan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Azman berkata, hasil pemeriksaan terdapat 20 bilik yang dilengkapi katil di premis terbabit.
"Harga yang ditawarkan kira-kira RM30 hingga RM40 dan pelanggan boleh memilih pelacur yang mereka kehendaki di dalam bilik itu.
"Lokasi itu beberapa kali diserbu pihak berkuasa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga banyak kali merobohkan premis itu, namun ia tetap didirikan semula," katanya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
No comments:
Post a Comment