Saturday, August 6, 2011

pati longgok sampah

Pemutihan PATI, longgokan sampah

SAYA rasa tidak puas hati tentang sikap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang terlibat dalam program pemutihan, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Sebelum ini keadaan persekitaran stadium ini adalah bersih dan indah kerana di situ berdekatan dengan Taman Tasik Permaisuri yang menjadi tumpuan warga sekitar Cheras.

Bagaimanapun, pemandangan telah bertukar menjadi buruk apabila program pemutihan dilakukan di dalam stadium itu. Seawal pukul 7.00 pagi beratus-ratus PATI berkumpul di pekarangan stadium.

Apabila sudah berkumpul, sampah sarap tak payahlah hendak diceritakan... berterabur dan keadaan persekitaran tidak terurus. Ditambah lagi ada dengan selamba tidur di atas rumput di tepi jalan raya. Ini amat mencemarkan pemandangan. Betapa sakitnya hati melihat pemandangan ini.

Diharap pihak yang menganjurkan program pemutihan ini bertanggungjawab dalam hal ini. Sudahlah duit kerajaan habis untuk program ini, kini ditambah pula belanja pengurusan sampah sarap oleh PATI ini.

NORAINI MASRI

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment