Mengenai tarikh puasa
MOHD. FAIZAL ABDULLAH
Menara PNB,Jalan Tun Razak
UMAT Islam di Malaysia menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak pada 1 Ogos. Yang menariknya tahun ini 1 Ramadan adalah sama dengan 1 Ogos. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang berpuasa akan mencatit atau bertanya pada ibu bapa mereka jumlah hari mereka telah berpuasa.
Tetapi untuk tahun ini, mereka tidak perlu berbuat demikian kerana tarikh-tarikh dalam bulan Ogos menandakan jumlah hari berpuasa dan seterusnya sampai ke penghujung bulan.
Persamaan tarikh kedua-dua kalendar Islam dan Kristian ini memudahkan kanak-kanak dan juga orang dewasa mengingati jumlah hari mereka telah berpuasa.
Kali terakhir persamaan tarikh 1 Ramadan dengan mana-mana bulan yang terdapat pada kalendar Gregorian adalah pada tahun 2008 iaitu 1 Ramadan 1429H adalah bersamaan dengan 1 September.
Dan sebelum itu pada tahun 1995 dan 1984.
Tarikh persamaan ini akan berlaku lagi empat belas tahun akan datang iaitu pada tahun 2025 iaitu 1 Ramadan 1446H adalah bersamaan dengan 1 Mac.
No comments:
Post a Comment