Tuesday, August 2, 2011

maut terhantuk tv


Kekasih mati
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.

JOHOR BAHRU: “Jangan campur urusan aku,” kata seorang lelaki ketika cuba dileraikan jiran apabila dia memukul kekasihnya bertubi-tubi menggunakan beg sebelum wanita itu terjatuh dan terhentak pada bucu televisyen lalu meninggal dunia akibat parah di kepala, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di Jalan Berembang, Kampung Rumah 10, Plentong, di sini, suspek seorang warga Indonesia, Edy, 28, tergamam melihat kekasihnya yang juga dari Indonesia, terbaring tidak sedarkan diri sejurus terhentak pada bucu televisyen lama di tepi rumah sewa mereka.

Menurut saksi, Abd Kadir Saman, 57, dia terdengar bunyi bising lalu bergegas keluar rumah sebelum melihat mangsa dikenali sebagai Ana, 28, terbaring berlumuran darah di depan rumah sewa pasangan berkenaan yang ketika itu dikerumuni orang ramai.

Menurutnya, panik dengan kejadian itu, suspek dipercayai cuba melarikan diri dengan memberi alasan ingin berjumpa rakan dan akan datang kembali untuk menguruskan hal mangsa, namun dihalang orang ramai di tempat kejadian.


“Dengan muka pucat lesi dia memberi alasan mahu keluar berjumpa rakan, tapi dihalang orang ramai. Pada masa sama, pemilik rumah menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian sebelum mengesahkan wanita terbabit sudah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment