Wednesday, March 7, 2012

20 ribu hangus

Hasil upah kerja setahun hangus


Seorang anggota bomba memadamkan api dalam kebakaran yang melibatkan dua rumah yang didiami oleh buruh warga Indonesia di Kampung Batu 2, Jalan Ampangan, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 6 Mac - Hasrat dua buruh warga Indonesia membawa pulang hasil pendapatan yang dikumpul selama setahun ke negara asal lebur selepas dua buah rumah yang disewa mereka terbakar di Kampung Batu 2, Jalan Ampangan di sini semalam.
Lebih menyedihkan segala dokumen penting, pakaian serta wang simpanan mereka yang dianggarkan sebanyak RM20,000 dan tiket penerbangan pulang turut musnah dalam kebakaran pukul 11.30 pagi itu.
Menurut majikan mangsa, Zulkifli Lubis Alimuddin, dua daripada lima pekerjanya yang mendiami rumah sewa itu bakal pulang hujung bulan ini.
"Saya dimaklumkan mereka menyimpan duit hampir RM20,000, pasport dan tiket penerbangan di dalam rumah berkenaan. Namun kini semuanya sudah hangus terbakar.
...

No comments:

Post a Comment