Friday, March 30, 2012

lari kerana pengaruh lagu bawa lah aku pergi

Haramkan Bawaku Pergi

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kerajaan digesa mengharamkan lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan yang disifatkan membawa unsur negatif yang boleh mendorong remaja melarikan diri dari rumah.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, pihaknya berharap lagu tersebut tidak lagi diputarkan dan dihebahkan kepada masyarakat.

''Ia sama sekali tidak wajar dihebahkan untuk pendengaran masyarakat, apatah lagi menjadi siulan remaja kerana ia jelas menyampaikan mesej tidak baik dan membawa mesej negatif.

''Kita tidak mahu ada agenda oleh mana-mana pihak tertentu menggunakan cara halus seumpama ini untuk merosakkan semangat dan roh bangsa Malaysia tanpa kita sedari.

''Suara kebimbangan ibu bapa ini amat perlu diberi perhatian pihak kerajaan memandangkan banyak kes remaja melarikan diri pada masa kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga berharap kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menapis lirik-lirik lagu sebelum diperdengarkan kepada umum.

"Penapisan ini perlu kerana kita tidak mahu ada lirik-lirik lagu yang membawa unsur lucah, dadah dan pelbagai lagi mesej negatif yang memberi kesan kepada mentaliti masyarakat negara ini terutama generasi muda.

"PIBGN sedia bekerjasama dengan kerajaan sekiranya jawatankuasa tersebut ditubuhkan. Kami bertegas terhadap perkara ini kerana tidak mahu ia memberi kesan jangka panjang yang buruk," jelasnya.

Sementara itu, Kaunselor Berdaftar, Dr. Nor Shafrin Ahmad berkata, remaja adalah antara golongan yang amat mudah terpengaruh dengan lirik lagu atau lagu yang disifatkan merdu pada pendengaran mereka.

"Lagu yang mempunyai mesej tidak baik seharusnya tidak diputarkan kerana bimbang menjadi panduan remaja kerana kebanyakan mereka tidak dapat menilai kebaikan atau keburukan pada lirik atau lagu yang menjadi siulan.

"Sehubungan itu, kerajaan perlu mengambil langkah awal seperti mengharamkan lagu seumpama itu,'' katanya.

Langkah itu perlu dilakukan katanya, kerana tidak semua remaja bersikap rasional apatah lagi dalam keadaan gundah atau keliru.

''Mereka akan membuat tindakan berdasarkan keputusan daripada apa sahaja sumber terdekat walaupun sekadar lirik lagu," jelasnya.


Lirik Lagu Bawa Ku Pergi - Zizan ft Kaka lyrics
Lirik Lagu Bawa Ku Pergi - Zizan ft Kaka lyrics

tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
liriksemualagu.blogspot.com
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


No comments:

Post a Comment