Saturday, March 24, 2012

jujurnya orang ini

Jam, cincin sudah dituntut
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012

KUANTAN – Pemilik seutas jam tangan dan tiga cincin yang dijumpai dua hari lalu hadir menuntut barang itu di pejabat Sinar Harian, semalam.

Faridah Sulaiman, 53, memuji kejujuran seorang suri rumah, Norhayati Sarman, 45, yang datang menyerahkan barang itu kepada Sinar Harian untuk mencari pemiliknya.

“Alhamdulillah, memang rezeki saya. Jika tidak kerana kejujuran Norhayati, mungkin saya tidak akan dapat semula barang-barang ini.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Norhayati. Tiada kata-kata yang mampu saya ungkapkan untuk menggambarkan kegembiraan saya,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika itu dia bersama dua orang anaknya baru selesai menunaikan solat Zohor di Masjid Bukit Sekilau dan bercadang untuk singgah ke sebuah pusat membeli belah.

“Saya tanggalkan jam dan cincin untuk mengambil wuduk dan menyimpan barang tersebut di dalam beg tangan.

“Tiba di kawasan tempat letak kereta pusat membeli belah tersebut, saya terus turun dari kereta tanpa memakai semula barangan tersebut walaupun sebelum itu saya sudah mengeluarkannya daripada beg tangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment