Diperdaya ke Malaysia
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAMPALA: Iklan yang ditampal pada tembok pusat beli-belah di ibu negara Uganda ini menjanjikan wanita muda tiket percuma untuk bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak, pembantu rumah atau pekerja bar dengan pendapatan tinggi di Malaysia.
Sebaliknya ramai yang yang dipaksa menjadi ‘hamba seks,’ untuk membayar harga tiket dan kos lain yang mencecah sehingga RM21,000.
Kumpulan yang terbabit dalam pemerdagangan manusia itu mempengaruhi mangsa bahawa mereka akan mati jika berhenti, dengan mengumpulkan contoh rambut dan kuku mangsa.
Pihak berkuasa berkata, hampir separuh daripada mangsa yang terpaksa melacur itu mempunyai ijazah tetapi gagal memperoleh pekerjaan di Uganda, negara yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi.
Pegawai Uganda berkata, amat sukar untuk menangani sindiket yang tersusun rapi, yang menyasarkan wanita berpendidikan tetapi mudah diperdaya, kemudian mengugut mereka supaya berdiam diri sehingga menyukarkan siasatan.
“Sebahagian gadis itu, apabila tiba di sini, kami minta mereka menceritakan apa yang terjadi. Dan mereka berkata, ‘Saya tidak boleh memberitahu anda. Saya akan mati.’ Mereka tidak akan bercerita,” kata Asan Kasingye, Ketua Interpol di Uganda.
Satu laporan minggu lalu menyatakan, lebih 600 gadis Uganda kini terperangkap dalam sindiket pelacuran di Malaysia.
Konsul Kehormat negara itu di Kuala Lumpur dipetik oleh laporan itu sebagai berkata, sekurang-kurangnya tiga warga Uganda dibunuh dalam masa dua tahun lalu.
“Saya perlu menghentikan masalah ini dan ia perlu dihentikan di peringkat awal,” katanya ketika diwawancara di Kampala minggu lalu.
Seorang pegawai Kementerian Luar Malaysia berkata, kerajaan menyedari isu yang berkait dengan wanita Uganda tetapi beliau enggan mengulas lebih lanjut.
Mereka yang terbabit dalam pemerdagangan manusia itu mengambil kesempatan terhadap undang-undang imigresen yang longgar antara Uganda dengan Malaysia.
Warga negara itu tidak memerlukan visa pelancong untuk melawat Malaysia, di samping penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam memerangi pemerdagangan manusia.
Pada Oktober 2011, polis Malaysia menyelamatkan 21 wanita Uganda yang dipaksa melacur.
Siasatan awal menunjukkan mereka dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah dan pekerja hotel dengan gaji RM3,000 sebulan tetapi kemudian dipaksa menjadi hamba seks untuk membayar kos perjalanan dan kos lain. - AP
No comments:
Post a Comment