Bukan angkara makhluk halus
21 Februari 2012
Zulkifli berkata, sejak kejadian itu diketahui umum banyak desas-desus didengari termasuk yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga membuatkan keharmonian penduduk kampung itu terjejas.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian kita mendapati, kes ini adalah kecurian biasa dan dilakukan oleh pencuri yang sememangnya menjadikan kegiatan ini jalan mudah memperoleh wang.
“Ia tidak sama sekali melibatkan makhluk halus atau lebih tepat disebut toyol atau orang minyak,” katanya.
Dua hari lalu, rumah didiami Nur Hafizah bersama keluarganya di Pokok Tampang dimasuki pencuri mengakibatkan kerugian kira-kira RM4,000 apabila komputer riba, kamera digital, sejumlah wang tunai dan beberapa dokumen penting hilang.
Kejadian itu disedarinya sewaktu bangun untuk menunaikan solat subuh apabila mendapati biliknya berselerak dan mempunyai kesan dipecah masuk.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan apabila Nur Hafizah yang ketika kejadian tidur diruang tamu rumah, ibu bapa dan empat adik-beradiknya yang tidur di dalam bilik masing-masing tidak diapa-apakan.
Nur Hafizah memaklumkan mereka sekeluarga tidak menyedari masa sebenar rumah dimasuki pencuri, tetapi tidak menolak kemungkinan ia dilakukan di antara jam 3 hingga 6 pagi.
Zulkifli turut meminta orang ramai memberi masa kepada pihaknya menyelesaikan kes itu, kerana hasil siasatan membuktikan ia dilakukan oleh pencuri.
Usaha menjejaki suspek yang sudah dikenal pasti sedang giat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment