KEADAAN kereta mangsa yang ditemui di kawasan hutan di Umea, utara Sweden, kelmarin.
Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui Jumaat lalu, dalam keadaan kurus kering dan terlalu lemah. Dia ditemui tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden oleh sekumpulan lelaki menaiki kenderaan salji yang menyangka mereka terserempak dengan sebuah kereta terbiar hingga mereka menggali ke arah cermin kereta dan terlihat pergerakan di dalamnya.
Mangsa yang berbaring di tempat duduk belakang dalam beg tidur berkata, dia berada dalam kereta itu sejak 19 Disember lalu.
“Ia sungguh menakjubkan kerana dia masih hidup memandangkan dia tiada makanan dan cuaca juga sangat sejuk selepas Krismas,” kata anggota penyelamat kepada akhbar harian Vasterbottens-Kuriren.
Hospital Universiti Umea tempat mangsa dirawat selepas dia ditemui berkata dalam satu kenyataan, mangsa semakin pulih.
Doktor di hospital itu berkata, manusia biasanya boleh hidup tanpa makanan selama empat minggu. Selain memakan salji, mangsa mungkin dapat hidup dengan mengamalkan hibernasi, kata pakar perubatan, Stefan Branth. - Reuters
No comments:
Post a Comment