Saturday, February 4, 2012

kalau dah jodoh

Dua OKU bertemu jodoh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA TERENGGANU: “Siapa sangka saya yang serba kekurangan ini bertemu jodoh,” kata Rohmat Noor Yahya, 45, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir, di sini, yang cacat sejak lahir tanpa tangan kanan dan kaki kiri ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, kelmarin.

Dengan sekali lafaz, Rohmat sah menjadi suami kepada Noraida Ngah, 35, yang juga cacat sejak lahir dengan kaki kiri tidak sempurna.


Kedua-dua mempelai dinikahkan jurunikah Ali Khatib Mohamad di rumah keluarga Noraida di Kampung Batu Buruk, di sini, jam 10 malam.

Rohmat berkata, dia tidak pernah terbayang untuk ke jenjang pelamin berikutan keadaannya yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) selain hidup serba kekurangan.


“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya gembira serta teruja bergelar suami Noraida.


“Benar kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana. Terbukti kekurangan bukan penghalang untuk seseorang itu memperoleh jodoh dan berkahwin,” katanya.

Click Here

Pengantin lelaki menghadiahkan sembilan dulang hantaran berserta mas kahwin RM5,000 dan dibalas 10 dulang oleh pengantin perempuan.


Menyingkap perkenalan mereka, Rohmat berkata, dia berkenalan dengan Noraida di Pasar Besar Kedai Payang, di sini, selepas memberanikan diri meminta nombor telefon isterinya itu.

“Saya berniaga makanan ringan di Pasar Besar Kedai Payang dan tertarik pada Noraida sejak kali pertama memandang wajah serta sifatnya yang lemah-lembut ketika dia datang membeli-belah di pasar itu tiga tahun lalu.


“Saya meminta nombor telefonnya dan keberanian saya itu membuahkan hasil apabila kami saling bertukar nombor telefon. Bermula saat itu kami saling berhubung sebelum persahabatan kami bertukar menjadi pasangan kekasih.


“Kami bercinta seperti pasangan lain dengan berjumpa, keluar makan bersama dan hubungan itu berlanjutan selama tiga tahun sebelum saya memberanikan diri melamarnya sebagai isteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment