Mastura masih trauma
15 Februari 2012
Rohani Osman memberitahu anaknya, Mastura Kamarudin sering diserang demam sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas.
“Mastura juga tidak mampu meneruskan persekolahan seperti biasa kerana kesihatannya yang tidak menentu malah terpaksa berulang alik ke klinik.
“Keadaan itu disebabkan dia masih lagi terkejut dan teringat-ingat dengan kejadian kami diekori harimau di kebun getah pada bulan lalu,” katanya.
Tambah Rohani, kesihatan Mastura dalam keadaan baik selepas kejadian itu namun setelah selang beberapa hari dia mula diserang demam.
“Anak saya hanya sempat pergi sekolah tiga hari sahaja selepas perayaan Tahun Baru Cina, kemudian dia diberi cuti sakit oleh doktor kerana demam.
“Dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dan ada mengadu susah untuk tidur malam kerana sering terbayang insiden diekori harimau.
Katanya, dia pernah membawa Mastura berubat secara tradisional dengan seorang ustaz dan diberikan air tawar untuk dijadikan air mandian namun Mastura enggan melakukannya.
“Bukan sahaja Mastura yang masih trauma, saya juga sering teringat harimau itu walaupun ia sudah ditembak,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.
Rohani memberitahu buat masa ini, mereka hanya mencari buah pinang bagi menyara hidup kerana bimbang keselamatan mereka sekiranya pergi menoreh di kebun getah terbabit.
“Sejak kejadian itu, memang saya tidak pergi menoreh kerana bimbang terserempak harimau lagi. Kami tidak akan sana lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment