Ada sebuah kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan ijazah. Akan tetapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi nak menanggung beban wang untuk anaknya itu. Terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).
Si anak dah rasa tak selesa dengan keadaan bapaknya yang macam tu. Jadi dia pun cari la idea untuk berbual. Tiba-tiba zasss...satu idea terlintas menyelinap di fikirannya. Dia pun memberitahu pada bapak dia yang dia dah belajar sesuatu kat Amerika tu dengan perkembangan teknologi.
Jadi dia pun cakap la dengan bapak dia:
Anak: Bapak tahu tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit tu semua, masuk je lembu dalam mesin, dah jadi sosej…
Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku masa 32 tahun dulu, masukkan "sosej" aje dah keluar "lembu" sekor… menyusahkan pulak tu…huh!
p/s: jgn cube2 nak tunjuk pandai dgn org tua...kan dah kene balik...hehe
No comments:
Post a Comment