Saturday, February 4, 2012

makan jamu tulang reput

Derita kerana jamu, steroid punca tulang reput
ERMA YUSNIDA JUSOH
4 Februari 2012
Sakit
KUANTAN - Niat seorang ibu tunggal untuk mening­kat­kan kecergasan badan akhir­nya menderita apabila tulang pinggul kirinya pecah dua tahun lalu akibat pe­ngam­bilan jamu yang dipercayai mengandungi steroid.
Kamisah Abdul Rashid, 52, berkata, dia yang menjual barangan jualan lang­sung mengambil jamu itu selepas di­perkenalkan rakan dan mencubanya tiga tahun lalu. 
 
Menurutnya, selepas pe­ngambilan ja­mu itu dia menjadi lebih bertenaga se­hinggalah dia terjatuh dari kerusi.
 
“Selepas kejadian itu, dok­tor menge­sahkan saya me­nga­lami osteoporosis ia­itu tulang reput menyebabkan tulang pinggul saya pecah akibat hentakan kuat ketika jatuh.
 
“Malah doktor mengata­kan terdapat kandungan ste­roid dalam badan saya me­nyebabkan tulang reput.
 
“Saya terpaksa tinggal di wad selama sebulan untuk me­nerima rawatan di Hos­pital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya ketika di­temui pada Program Ziarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di rumahnya di Ta­man LKNP Bukit Setongkol.
 
Hadir menyampaikan sumbangan, Pengerusi Ma­yang Parlimen Indera Mah­kota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.
 
Kamisah yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ter­paksa berpindah ke rumah ibu bapanya, Abdul Rashid Ali, 76, dan Siti Zaharah Em­bong, 75, di Taman LKNP kerana memerlukan perhatian kerana tidak mampu me­nguruskan diri sejak kejadian itu.
 
Katanya, dia kini hanya mampu ter­baring dan mengguling-guling badannya untuk bergerak.
 
“Kalau boleh saya mahu sembuh se­perti biasa tetapi mungkin harapan tipis kerana saya tidak boleh menjalani pem­bedahan kerana ada masalah paru-paru.
 
“Nasib baik anak kedua, Nor Zaleha, 19, yang sedang belajar di Ikip boleh me­nguruskan saya,” katanya.
 
Kamisah berkata, sejak ja­tuh sakit, perbelanjaan dia anak-beranak hanya bergan­tung pada duit simpanan yang tidak seberapa.
 
“Kesulitan itu menyebab­kan anak bongsu, Muhammad Amirul Hassan, 18, membuat keputusan untuk tidak me­lanjutkan pelajaran sebaliknya bekerja untuk menampung perbelanjaan kami,” katanya.
 
Sementara itu, Mohd Haz­mi berkata, dia akan mem­beri bantuan sewajarnya kepada Kamisah bagi mengurangkan penderitaan ibu tunggal itu.
 
“Dia memohon untuk mendapatkan kerusi roda yang sesuai dan kita akan usahakannya,” katanya.

No comments:

Post a Comment