Friday, August 12, 2011

hilang di perak jumpa di johor

Gadis hilang di Kampar, jumpa di Batu Pahat

Seri Najwa Ferda Hasan

KAMPAR 11 Ogos – Seri Najwa Ferda Hasan (gambar), pelajar tingkatan lima yang dilaporkan hilang selepas keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar di sini pada Khamis lalu, ditemui di Batu Pahat, Johor yang terletak kira-kira 440 kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, gadis tersebut dijumpai di tepi jalan di Jalan Johor-Air Hitam pada pukul 9 malam tadi.

“Sejak laporan kehilangan mangsa dibuat pada 4 Ogos lalu, polis menjalankan siasatan dan hasil maklumat yang kita dapat telah membawa satu pasukan ke Johor.

“Kita berjaya menemui mangsa di tepi gerai jualan kerepek di Jalan Johor-Air Hitam bersama dengan seorang lelaki Melayu berasal dari Ipoh yang dipercayai teman lelakinya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, sejurus selepas itu, pihaknya telah membuat laporan menangkap dua remaja berkenaan dan membawa mereka Balai Polis Kampar bagi membantu siasatan.

1 comment:

  1. apelah bangang budak ni..dah lah menyusahkan orang tua dengan nak mencari die..Sekali jumpa dengan buah hati die aii..masalah orang tua lagi nak menjawab soalan sedara2 masa raya anti..buat benda tak guna otak lah perempuan ni..kalau betul lah suka sangat dekat pakwe tu ikat je,tak payah sampai nak ikut pakwe tu ke hulu kehilir, dah lah perempuan,kalau TERmengandung anti pakwe lari, mak bapak juga yang ko cari..Bangang..Banganag!!

    ReplyDelete