Monday, August 8, 2011

milik mercun jel sehari

Miliki mercun, bapa dipenjara sehari

KUALA TERENGGANU 7 Ogos – Seorang bapa kepada empat orang anak dihukum penjara sehari dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira kepentingan awam terhadap bahaya penggunaan bahan terlarang itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi, 30, ditangkap kira-kira pukul 6 petang semalam di tapak Pasar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Ops Payung.

Tertuduh yang juga seorang buruh itu ditahan ketika sedang menjual beberapa jenis bunga api dan hasil siasatan pihak polis menemui mercun dan bunga api antaranya jenis mighty wisthing sebanyak 50 batang, spring thunder (20 batang)’, whisthing moon (90 batang) dan smart boy (30 kotak).

Wan Mohd. Hafizal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mikiy Dunstan manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela, Mohd. Hayyatuddin Mohamad.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment