Monday, August 8, 2011

mati dlam pesawat dadah pecah

Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia

NEW DELHI, 7 Ogos — Seorang pengedar dadah rakyat Nigeria, yang dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyerahkan barangan seludup itu, mati dalam sebuah pesawat pada Selasa, selepas dadah yang ditelannya pecah dalam perut. Akhbar Daily Sun di Lagos hari ini melaporkan lelaki itu, Chilaka Ogbonna Emmanuel, 25, meninggal dunia dalam pesawat Qatar Airways yang menuju ke Malaysia melalui Doha.

"Ketika mangsa berdepan komplikasi akibat dadah yang ditelannya, anak-anak kapal cuba memberikan bantuan.

"Namun selepas mendapati keadaan lelaki itu semakin teruk, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di India untuk membolehkan mangsa diberikan rawatan sewajarnya," lapor akhbar berkenaan.

Menurut akhbar harian itu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan di Mumbai.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) Jarikre Ofoyeju berkata hasil bedah siasat menunjukkan Emmanuel menelan dadah, dan punca kematian adalah disebabkan komplikasi akibat perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Nigeria tidak mendedahkan kuantiti atau jenis dadah yang cuba diseludup si mati ke Malaysia.

NDLEA turut mendedahkan sejumlah 68 individu yang disyaki pengedar dadah ditahan di Lapangan Terbang Lagos Airport dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. — BERNAMA
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment