Friday, August 12, 2011

ttpm dapat semula duit deposit

Pekerja kontrak dapat kembali deposit rumah RM400

HASRAT seorang pekerja kontrak di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana untuk memiliki rumah sendiri lebur apabila pinjaman bank tidak diluluskan manakala wang deposit sebanyak RM500 yang telah dibayar enggan dikembalikan oleh pemaju.

Syafik Zainal Arif, 25, memberitahu, beliau telah membayar wang deposit tersebut kepada syarikat pemaju, UBBIM Sdn. Bhd. bulan lepas untuk menempah sebuah rumah di Desa Seri Kasih, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Bagaimanapun, katanya, selepas membuat tempahan, permohonan pinjaman yang dikemukakannya tidak diluluskan oleh pihak bank.

‘‘Saya telah berjumpa dengan pihak pemaju bagi menjelaskan perkara sebenar dan mahu meminta kembali deposit RM500 yang telah dibayar.

‘‘Namun mereka enggan mengembalikan deposit tersebut, malah mereka turut menyatakan deposit yang diterima sebenarnya kurang daripada apa yang dijanjikan iaitu sebanyak RM1,600,’’ katanya.

Kesal dengan apa yang berlaku, Syafik kemudian memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Putrajaya dan kes tersebut telah didengar di hadapan Presiden tribunal, Maznah Haron baru-baru ini.

Pada prosiding tersebut, wakil UBBIM Sdn. Bhd. menyatakan, wang deposit yang dibayar mengikut peratusan harga rumah tidak akan dipulangkan dan ia telah dijelaskan kepada Syafik semasa perbincangan dilakukan.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, Maznah memerintahkan UBBIM Sdn. Bhd. membayar RM400 kepada Syafik memandangkan syarikat itu tidak mengalami sebarang kerugian kerana rumah yang ditempah masih boleh dijual kepada pembeli lain.

‘‘Potongan RM100 daripada jumlah tuntutan adalah bagi membayar proses-proses yang telah dilakukan syarikat terbabit,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment