Friday, August 5, 2011

liwat


Siasat terperinci kes murid diliwat

ABDUL Azeez Abd. Rahim bertanyakan keadaan murid sekolah tahfiz yang menjadi mangsa liwat dan buli oleh murid senior di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI 4 Ogos - UMNO Bahagian Baling mendesak Kementerian Pelajaran dan polis menjalankan siasatan rapi ke atas kes sekumpulan murid sekolah maahad tahfiz yang dipercayai diliwat dan dipukul oleh senior mereka dalam kejadian di Kuala Pegang, Baling dekat sini, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim berkata, kes berkenaan dianggap amat serius memandangkan ia melibatkan pelaku dan mangsa di kalangan murid sekolah rendah.

Menurut beliau, kejadian tersebut juga jelas merosakkan imej pusat pengajian berkaitan agama yang banyak terdapat di daerah Baling.

"Kita berharap polis dapat menyiasat dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan meskipun melibatkan pelaku di bawah umur. Perkara sebegini tidak patut berlaku di kawasan sekolah lebih-lebih lagi sekolah agama yang diharap mampu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang soleh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga murid termasuk satu pasangan kembar yang menjadi mangsa liwat dan buli di Bandar Puteri Jaya di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang murid tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak beberapa hari lalu dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh murid senior berusia 12 tahun di sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kampung Lanai, Kuala Pegang, Baling.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa terbabit mengikuti sesi orientasi dan suai kenal selama 40 hari bermula Jun lalu.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa kepada tiga daripada mangsa terlibat membuat laporan di Balai Polis Baling pada 30 Julai lalu.

Abdul Azeez berkata, berdasarkan maklumat daripada beberapa waris, pihak sekolah juga dikesan cuba menutup kes tersebut dengan meminta mereka menyelesaikan secara dalaman kerana khuatir ia diketahui umum.

Beliau yang juga Penyelaras Parlimen Baling turut meminta kementerian menjalankan siasatan berhubung status sekolah berkenaan yang dikatakan meragukan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment