Saturday, September 24, 2011

kanak2 22 tahun

‘Kanak-kanak’ 22 tahun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUADZAM SHAH: Melihat kepada saiz tubuh serta ketinggiannya sekadar 90 sentimeter, pasti ramai menyangka dia kanak-kanak berusia tidak lebih dua atau tiga tahun, tetapi pada hakikatnya, Mafuzah Amaran yang menetap di Bandar Tun Razak, di sini, berusia 22 tahun.

Mafuzah yang berdepan masalah tumbesaran itu juga sukar berjalan dan tidak boleh berdiri lama, sebaliknya merangkak seperti bayi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Gadis itu dipercayai mengalami masalah tumbesaran terbantut ketika dalam kandungan akibat kekurangan bekalan oksigen atau gangguan aliran darah.


Ibunya, Zaharah Syukor, 56, berkata masalah tumbesaran anak ketujuh daripada 11 beradik itu mula dikesan selepas dilahirkan kerana tidak menyamai pembesaran kembarnya, Manisah yang dilahirkan kira-kira 25 minit lebih awal.

“Ketika mengandungkan mereka, saya tidak tahu akan melahirkan anak kembar kerana doktor yang menjalankan pemeriksaan ketika mengandung tidak mengesan kehadiran seorang lagi bayi.


“Selepas melahirkan Manisah, kira-kira 25 minit kemudian jururawat yang membantu doktor menyambut kelahiran anak memberitahu ada seorang lagi bayi,” katanya ketika ditemui.


Menurut Zaharah, walaupun terkejut melahirkan anak kembar, tetapi dia sekeluarga tetap bersyukur kerana kedua-duanya dilaporkan sihat dan cukup sifat.

“Namun, beberapa bulan kemudian saya menyedari Mafuzah tidak membesar seperti Manisah sebelum membawanya berjumpa doktor.


“Bagaimanapun, doktor memberitahu saya Mafuzah tidak mengalami sebarang penyakit dan tubuhnya sihat seperti bayi lain,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga menyedari ‘keunikan’ Mafuzah selepas dia masih tidak membesar seperti kakaknya dan tubuhnya pula seperti kanak-kanak walaupun usia semakin meningkat.


“Apapun, saya bersyukur dengan kurniaan Tuhan kerana menganggap Mafuzah insan istimewa dan bukan semua ibu memperoleh anak sepertinya dan kurniaan ini saya anggap umpama satu dalam seribu.


“Malah, saya juga tidak menghadapi masalah menjaga Mafuzah kerana dibantu anak-anak lain yang memahami keadaannya yang tidak sempurna seperti kembarnya,” katanya.


Zaharah berkata, walaupun Mafuzah tidak boleh bertutur dan hanya boleh menyebut beberapa perkataan tertentu, tetapi dia pembersih kerana suka mengutip sampah bertaburan di lantai.


Mafuzah juga didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan bulanan RM300.

No comments:

Post a Comment