Saturday, September 3, 2011

panggilan menang

Awas panggilan telefon menang hadiah

RAMAI daripada kita mungkin masih ingat taktik penipuan yang didalangi sindiket dari Indonesia yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya daripada Petronas, TV3, Power Root atau CIMB Bank mendakwa bahawa kad SIM telah memenangi hadiah.

Kini taktik berkenaan telah diubah, dengan membuat panggilan telefon secara terus kepada mangsa dengan menyamar dari ibu pejabat syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan syarikat besar lain.

Pemanggil mendakwa kad SIM kita telah memenangi peraduan dengan hadiah RM3,000 dan pihak yang menelefon memerlukan nombor akaun bank kita untuk memasukkan duit (sebenarnya untuk menyedut keluar duit kita).

Oleh itu, berhati-hatilah jika menerima panggilan tetapi skrin telefon bimbit anda hanya tertera perkataan private number atau call 1 sahaja.

Orang yang menelefon juga kebiasaannya akan bercakap bahasa Melayu dengan loghat Indonesia atau Sabah.

BUKAN MALINGSIA

Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment