Thursday, September 22, 2011

kaunselor pun kena pukau

Kaunselor rugi RM17,000

TAMPIN – Seorang kaunselor dekat sini mengalami kerugian RM17,000 setelah dipukau seorang lelaki dari Brunei yang mendakwa sedang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah pondok.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi 20 September lalu, kaunselor terbabit, Che Rozita Che Rahman, 35, hanya tersedar dia melucutkan sendiri dua utas rantai tangan, seutas rantai leher dan juga loket serta dua cincin iaitu cincin pertunangan dan perkahwinannya termasuk memberikan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Rakyat yang mempunyai sejumlah wang besar kerana baru sahaja membuat pinjaman.

Menurutnya, dia tersedar setelah kembali ke pejabat dan membasuh muka.

“Saya tersedar telah memberikan sampul surat digunakan lelaki terbabit itu kepada pegawai atasan kerana mempercayai terdapat barangan kemas dan kad ATM saya yang diarahkan untuk dilihat seminggu kemudian.

“Bagaimanapun, sebaik membukanya, hanya terdapat duit syiling 10 sen, lima sen dan satu sen serta batu kecil di dalam sampul berkenaan,” katanya.

Che Rozita berkata, walaupun belum sedar sepenuhnya, pegawai atasannya telah membawanya ke Bank Rakyat bagi menghentikan transaksi duit, namun wang di dalam akaunnya itu sudah pun dikeluarkan sebanyak RM2,000.

“Pada awalnya saya tidak mengesyaki lelaki pendek, gelap dan memakai cermin mata itu berniat buruk.

“Lelaki itu bertanyakan kepada saya lokasi sebuah kedai buku agama tetapi saya menjawab dengan baik dan menyatakan tidak pernah mendengar nama kedai itu sebelum mengesyorkannya sebuah kedai buku agama yang lain,” katanya.

Selepas itu katanya, lelaki berkenaan memintanya bertanya kepada seorang lagi lelaki tinggi dan putih yang seolah-olah berlagak seperti pelanggan di dalam kedai berkenaan.

“Lelaki tinggi itu menyatakan kedai buku yang dicari terletak berhadapan Pasar Tampin,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Selepas itu, lelaki berkenaan mengucapkan terima kasih dan memberikan Che Rozita permata berwarna coklat dan lelaki tinggi itu menerima permata berwarna merah sebagai tanda penghargaan.

“Lelaki tinggi itu memberi cadangan untuk bertanyakan khasiat batu itu kepada lelaki pendek itu dan dia mengarahkan saya menggenggam batu berkenaan.

“Saya hanya mengikut dan tersedar sepenuhnya setelah bangun pagi ini (semalam) dan sudah pun menyerahkan barang kemas serta kad ATM ketika mengikut lelaki itu untuk minum di salah sebuah restoran makanan segera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda kerana kesalahan menipu,” katanya.elor pun kena pukau

No comments:

Post a Comment